Syanie terkilan produksi tawar bayaran RM500, terpaksa tolak sebab tak berbaloi! – “Itulah hakikat di Malaysia… dah lama berlakon harga makin turun”

PELAKON Syanie Hisham meluahkan rasa kecewa dan kes4l dengan tindakan sebuah produksi drama yang menawarkan peluang berlakon dengan bayaran tidak munasabah.

Justeru Syanie, 47, berkata dia tidak teragak-agak menolak tawaran lakonan yang difikirkan tidak bersesuaian dengan bayaran dan komitmen yang perlu diberikan.

“Sebelum ini ada production manager tawar saya berlakon drama dua episod dengan bayaran RM500 sahaja, memang saya tolak! Bukan sebab saya demand tapi biarlah berbaloi dengan harga berapa lama kita berlakon.

“Saya dah berlakon banyak drama dan filem tapi itulah hakikat di Malaysia ini apabila dah lama berlakon harga pun makin turun… saya beritahu pihak berkenaan untuk cari pelakon lain atau ambil sahaja pelakon tambahan… dia jawab tak apa la ada saja artis lain!

Syanie bersama rakan artis yang membintangi drama Single Terlalu Lama.

“Apabila berdepan isu ini, saya tak marah pun cuma rasa kecewa. Bagi saya lebih baik tak payah berlakon daripada ambil job sekadar tangkap muat. Mereka nak kita tapi nak bayar dengan harga tak sesuai,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syanie turut meluahkan rasa terkilan apabila ada tawaran lakonan yang diberikan diukur berdasarkan jumlah pengikut di Instagram.

Apabila berdepan isu ini, saya tak marah pun cuma rasa kecewa.

SYANIE

PELAKON/ PELAWAK

Sudah tiga dekad dalam industri hiburan, Syanie berpendapat tidak wajar produksi menilai kredibilitinya sebagai pelakon dengan membandingkan jumlah pengikut itu.

“Kalau saya boleh bertahan selama 30 tahun maknanya adalah kerja saya yang memang bagus… bukan nak cakap saya hebat, tapi jika saya boleh bertahan selama ini, takkanlah kredibiliti saya diletak begitu rendah dengan dibandingkan dengan jumlah pengikut di Instagram.

Syanie bahagia bersama suami tersayang, Zahril Hafiz Mohammed Nor.

“Saya sangat kecewa apabila ada pengurus produksi yang bertanyakan jumlah pengikut Instagram saya untuk watak yang ingin ditawarkan. Saya ini bukanlah pengguna yang pandai menggunakan media sosial dan saya tak akan buat kandungan yang meng4rut.

“Walaupun saya tahu kandungan yang bukan-bukan ini cepat mendapat perhatian dan boleh menaikkan jumlah pengikut tapi itu bukan prinsip hidup saya. Kalau itu jadi ukuran, memang tertinggal jauhlah saya dengan pelakon baharu lain yang memiliki ratusan pengikut,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*