[VIDEO] Kucing Selalu Tertidur Dekat Bekas Makanan Sejak Kecil, “Comelnya…”

Telatah kucing di rumah pastinya ada pelbagai ragam dan ada kalanya langsung tidak dapat dijangka. Sama macam telatah kucing ini yang mencuit hati ramai dengan hobinya yang suka tertidur di bekas makanannya.

Lebih melucukan, kucing ini telah melakukan perkara yang sama sejak kecil lagi sehinggalah kini. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ia meraih lebih empat juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing berwarna oren itu dilihat tertidur di bekas makanannya itu. Malah dia turut dilihat meletakkan kepalanya di dalam bekas air minuman yang disediakan.

Sebaik saja dikejutkan, kucing itu kemudian terjaga dengan wajah yang mamai sambil melihat pemiliknya. Lebih mencuit hati, wajahnya itu juga turut basah gara-gara berendam di dalam air itu.

Rupa-rupanya, kucing itu selalu melakukan perkara yang sama sejak kecil lagi apabila pemilik itu berkongsikan rakamannya semasa kecil dahulu. Dapat dilihat kucing itu pernah tertidur di bekas makanan yang sama semasa kecil dengan gaya yang sama.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat telatah kucing ini. Malah ada yang menganggap kucing berwarna oren sememangnya unik dan mempunyai perangai yang pelik dari yang lain.

“Comelnya…”

“Anak kucing saya tidur dalam bekas pasir…”

“Saya tahu bukan kucing saya je macam ni.”

“Susahnya hidup.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*