“Terlalu rindu” – [VIDEO] Wanita Kongsi Momen Interview Suami Sendiri Di PPV, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebaliknya

Memang tak dapat nak dinafikan, bahawa kehilangan insan tersayang dalam hidup merupakan realiti paling sukar diterima dalam hidup kita. Namun begitu, kita sebagai umat Islam perlu redha dengan ketentuan ilahi.

Oleh itu, hanya rakaman video dan gambar sajalah yang dijadikan pengubat rindu kepada seseorang itu seperti dilakukan oleh wanita ini.

Interview suami sendiri masa cucvk vaks1n

Disebabkan terlampau rindu, seorang wanita dikenali sebagai Puan Nurul Alyana ada berkongsikan momen ketika dia menjadi petugas di sebuah PPV di akaun TikToknya.

Paling buat beliau teruja, apabila dia sendiri interview suaminya yang kebetulan juga datang ke kaunter diurusnya. Di dalam video yang dimuat naik, suaminya yang tak menyangka turut kelihatan malu-malu apabila disoal oleh isterinya sendiri.

“Terujaaa sgt dpt interview husband sndri time vaks1n…kenangan ini kenangan yg indah untk syg…” 

Suami pergi buat selamanya

Walau bagaimanapun, siapa sangka itu merupakan antara kisah manis terakhir antara Puan Nurul dan suaminya.  Hal ini setelah difahamkan bahawa Allahy4rham suaminya telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat 13 Ogos yang lalu.

Oleh sebab tak mahu timbul salah faham, Puan Nurul turut menjelaskan bahawa suaminya men1nggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemal4ngan motosikal dan tak ada sebarang kena-mengena dengan kesan sampingan akib4t v4ksin.

Disebabkan masih terkejut dengan kejadian yang berlaku, wanita tersebut ada memuat naik beberapa video kenangan bersama Allahy4rham suaminya tersebut.

“Momen terindah sekali seumur hidup”

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyampaikan salam takziah dan mendoakan suami Puan Nurul itu. Selain itu, ramai juga yang seperti memahami perasaan wanita tersebut yang menjadikan perkongsian video ini sebagai satu cara melepaskan rindu.

Semoga r0hnya dicucvri rahmat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*