“Dia la terpaling letih,” – [VIDEO] Gelagat Oyen jual ikan cvri perhatian ramai

Tak dinafikan, ramai yang suka membela kucing di rumah kerana kecomelan mereka ini. Namun ada kalanya, kucing sering melakukan perkara-perkara di luar jangkaan dan memeningkan kepala pemilik mereka.

Haiwan kesayangan seperti kucing ini sudah tentu menjadi pilihan ramai untuk dipelihara. Bukan sahaja sifatnya yang cukup manja dan sukakan perhatian, malah haiwan ini juga dapat membuatkan pemiliknya rasa gembira dengan kehadiran mereka.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok adxha05, tular satu video yang memparkan suasana pasar ikan yang dipenuhi dengan orang ramai.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah kehadiran seekor kucing berwarna oren yang berada pada pada tong ikan, seakan menjadi juru jual ikan tersebut. Selain itu, kucing yang popular dengan gelaran Oyen ini juga tidak ‘mencvri’ ikan tersebut seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan kucing lain.

Pemilik video juga sempat berseloroh bahawa kucing itu sebenarnya mahukan makan berjenama Royal Canin, jadi dia terpaksa bekerja sebagai penjual ikan untuk membeli makanan tersebut.

“Cik uteh seleranya tinggi, nk makan royal canin.. terpaksalah oyen bekerja sbg penjual ikan.. takpelah katanya “demi cinta”.. Allahu,” tulis tiktok adxha05 di ruangan kapsyen.

VIDEO;

@adxha05

Cik uteh seleranya tinggi, nk makan royal canin.. terpaksalah oyen bekerja sbg penjual ikan.. takpelah katanya “demi cinta”.. Allahu?.. #oyen #fypシ゚viral #catsoftiktok

♬ suara asli – ᴍᴜꜱɪᴋʙᴘᴇʀ – ᴍᴜꜱɪᴋʙᴘᴇʀ

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 27.7k tontonan, 2.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :tiktok adxha05 / Sinar Viral Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*