“Cantik betul Yong, cara senyum persis mummy.” Wajah terbaharu anak sulung Lisa Surihani raih perhatian

SEMAKIN meriah keluarga pasangan selebriti sama cantik sama padan, Datin Lisa Surihani dan suaminya, Datuk Yusri Abd Halim usai dikurniakan tiga cahaya mata.

Anak sulung, Yahaira Leanne dan dua orang anak lelaki, Yusof Leonne serta Yunos Laith.

Begitupun, umum mengetahui, pasangan tersebut jarang mended4hkan wajah anak-anak mereka di laman media sosial.

Terbaharu, menerusi hantaran Yusry di laman rasmi Instagramnya, bekas penyanyi kumpulan KRU itu berkongsi momen indah ketika membawa ahli keluarganya melawat zoo yang terletak di Melaka.

Menerusi gambar yang dimuat naik, pastinya yang menjadi tumpuan ramai ialah wajah anak sulung mereka, Yahaira.

Semakin besar, semakin cantik anak d4ra Yusry dan Lisa.

Bahkan, ramai yang memuji wajah comelnya itu saling tidak tumpah dengan Lisa.

Begitu juga dengan senyuman manis si cilik tersebut persis mummynya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)


Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Sepertimana penampilan si ibu yang serba sederhana, demikian juga Yahaira atau mesra disapa dengan panggilan Yong.

Tetap manis biarpun tampil ringkas dengan jean dan baju-T yang dipadankan dengan topi.

Bahkan, gelagat Yong bersama adik-adiknya yang teruja melihat haiwan di zoo berkenaan turut mencuit hati.

Untuk rekod, Yong dilahirkan pada 15 September 2015 dan kini sudah memasuki usia 8 tahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*