“Kali ni mak kalah” – Ibu sihat disahkan k4nser tahap 4, anak s4yu dengar rayuan tak mahu teruskan kemoterapi

Mendapat perkhabaran mengenai peny4kit krit1kal pasti membuatkan sesiapa sahaja dil4nda perasaan sedih dan mvrung.

Apatah lagi sekiranya sebelum j4tuh s4kit, tvbuh dalam keadaan sihat dan langsung tidak menunjukkan sebarang simptom.

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai ibunya yang baru didi4gnos mengh1dap k4nser usus tahap 4, Jun lalu.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok iaitu rakaman suara (voice note) si ibu yang melu4hkan rasa s4kit dan mer4yu untuk tidak mahu meneruskan sesi rawatan kemoterapi, benar-benar menyentuh hati netizen.

Bercerita bagaimana ibunya, Saedah, 73, j4tuh s4kit sebelum didi4gnos mengh1dap k4nser usus, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aliza berkata segala-galanya bermula pada awal pagi, 29 Jun lalu ketika warga emas itu mahu menunaikan solat Subuh.

“Ibu saya sebelum ini sangat aktif, nak tengok dia dem4m pun susah. Masa kena c0vldl9 pun sihat, tak ada gejala. Ibu suka berdikari, jadi dia tinggal seorang diri.

“Sejarah kesihatan pun okay, tak ada kenc1ng manis dan d4rah tinggi terkawal. Hinggalah pada awal pagi 29 Jun lalu, waktu nak ambil wuduk untuk solat Subuh, ibu terasa s4kit perut.

“Dia kata macam nak buang air besar dan s4kit berlarutan sampai tengah hari. Jadi adik hantarkan ibu ke klinik. Doktor kata kemungkinan g4strik. Kalau s4kit tak berkurang bawa ke hospital.

kanser 2

Ibu Aliza tidak sedarkan diri selama enam hari ketika dirawat di institut rawatan rapi.

“Malam hari yang sama, ibu berulang ke tandas dan walau dah makan ubat klinik, s4kitnya tak berkurang. Anak saya kata tak boleh tunggu esok, jadi malam itu juga kami terus ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI),” ujar wanita berusia 52 tahun ini.

Menurut Aliza, ibunya kemudian dimaklumkan perlu menjalani pembed4han untuk mengetahui punca sebenar memandangkan hasil imbasan (CT Scan) tidak dapat mengenal pasti peny4kit yang dideritainya.

Perkhabaran yang disampaikan oleh doktor sejurus selepas pembed4han berjaya dilakukan pada keesokan harinya, benar-benar membuatkan Aliza dan tiga lagi adik beradiknya terkejut.

“Doktor maklumkan k4nser dah pec4h dalam perut, kum4n mereb4k. Dah stage 4. Mujur kami cepat bawa hospital. Kalau lambat, doktor kata kami perlu bersedia dengan apa jua kemungkinan kerana ibu kritikal selepas pembed4han,” ujar anak kedua daripada empat adik beradik ini.

kanser 3

Sewaktu menjalani pusingan pertama kemoterapi pada 8 September lalu.

Tambah Aliza, ibunya tidak sedarkan diri selama enam hari selepas pembed4han dan menghabiskan masa kira-kira 10 hari di hospital sebelum dibenarkan pulang.

Sama seperti pes4kit k4nser yang lain, ibunya perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak lapan pusingan dalam masa enam bulan, dan fasa berkenaan sememangnya sangat menc4bar bukan sahaja buat warga emas berkenaan, malah Aliza dan adik beradiknya.

“Sebelum start kemoterapi, doktor dah terangkan implikasi dan bagi ubat. Kali pertama ibu kemoterapi pada 8 September.

“Dia faham penerangan doktor, tapi bila dah lalui, dia tak tahan dan merayu-rayu nak berhenti. Saya yang jaga ibu sekarang, memang tak sanggup dengar dia merayu setiap hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Puas saya pujuk, tapi ibu macam tak mahu teruskan. Itu yang dia hantar voice note dekat adik saya, merayu perkara yang sama. Voice note itu dihantar empat hari selepas kemoterapi pertama.

“Orang lain yang dengar pun sedih, apatah lagi kami sebagai anak-anaknya. Dulu ibu susah nak s4kit, kali ini, memang dia ‘kalah’.

“Puas kami pujuk… saya siap tunjukkan lagi komen-komen netizen yang beri kata semangat padanya, ada yang kata awal-awal memang tak tahan sebab badan baru nak adapt… tapi ibu tetap merayu,” ujarnya yang menetap di Johor Bahru.

kanser 4

Aliza dan adik beradiknya akan mencari ikhtiar lain demi memastikan ibu mereka kembali sembuh.

Aliza berkata, ibunya dijadualkan menjalani kemoterapi kedua pada Khamis depan.

“Saya dan adik beradik cuba slow talk… kami hanya mahu ibu sihat. Kalaulah nanti ibu tetap dengan keputusannya, mungkin kami akan ikhtiar cara lain… demi ibu,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Aliza mengucapkan terima kasih kepada netizen yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat selain mendoakan kesihatan ibunya.

Sehingga kini, video yang dikongsikan di TikTok meraih 58,700 jumlah tontonan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*