“Tunjuk Pak Mat Western je,” – [VIDEO] Gelagat kambing menjel1ng buat ramai terhibur

Mempunyai haiwan peliharaan sebenarnya datang dengan komitmen yang tinggi. Bukan sahaja daripada segi menyediakan keperluan asas seperti makan dan minum, tetapi termasuklah penjagaan kesihatan serta perhatian yang cukup.

Bagi mereka yang memiliki kambing peliharaan, pasti dah lali dengan bermacam-macam karenah, kan? Bukan saja pandai menurut arahan tuan masing-masing, haiwan tersebut ada kalanya mengada-ngada dan mahukan perhatian tak ubah seperti budak kecil. Namun apabila ia mula pamerkan sikap lain daripada kebiasaan, pemiliknya boleh pening kepala juga untuk ketahui apakah benda yang dimahukan.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @muqrisofien memaparkan beberapa ekor kambing yang berada di dalam kandang.

Apa yang mencvri perhatian ialah salah seekor dari kambing tersebut yang berjalan ke arah pemilik video, serta memalingkan muka seakan menjel1ng ke arahnya.

“Apa lah nasib,dengan kambing pun kena jel1ng,” tulis @iman_garage di ruangan kapsyen.

Video:

@muqrisofien

Apa lah nasib,dengan kambing pun kena jeling😒

♬ suara asli – 🗿✌🏻

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 30.3k tontonan, 2.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut terhibur dengan gelagat kambing itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok @iman_garage

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*