Kembali Bekerja Selepas 3 Bulan Bersalin, Elisya Sandha Syukur Keluarga Jaga Anak – ‘Bunga Elhaq Kesayangan Semua’

Pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa bersyukur kerana puteri sulungnya, Bunga Elhaq disayangi oleh ahli keluarga termasuklah ibu mentuanya yang merupakan seorang pelakon terkenal, Sheila Rusly.

Syukur anak dijaga penuh kasih sayang

Ketika ditemui OhBulan!, Elisya mengatakan anaknya yang baru berusia tiga bulan itu dijaga oleh Sheila dengan penuh kasih sayang apabila dia bersama suaminya keluar bekerja.

Malah, Sheila sanggup untuk tidak pergi ke set penggambaran kerana ingin menjaga cucu pertamanya itu.

Bunga dan mama Sheila sangat rapat sampaikan mama Sheila tak nak pergi set penggambaran sebab nak jaga Bunga di rumah. Bunga pun tak banyak meragam atau menangis apabila saya keluar bekerja.

Walau bagaimanapun Bunga sangat mengenali ibunya manakala hubungan Bunga dengan ibu mentua pula seperti cucu dengan nenek.

Kembali bekerja selepas 3 bulan bersalin

Ujar pelakon berusia 23 tahun ini lagi, selepas tiga bulan melahirkan Bunga dan melalui proses berpantang, dia sudah kembali bekerja kerana tidak gemar duduk di rumah.

Saya bersyukur ada keluarga yang sangat menyokong, terutama ibu mentua yang sanggup menjaga Bunga. Dalam waktu sama, saya juga ada pembantu yang menolong mama Sheila di rumah.

Setakat ini, saya tiada masalah untuk kembali bekerja sebab saya memang tak suka duduk diam di rumah, saya lebih suka bekerja.

Walau bagaimanapun, jika ada tawaran bekerja di luar kawasan, Elisya terpaksa menolaknya kerana anaknya masih menyvsu badan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*