“Bila kau tersalah datang show… ingat nak datang show Wani Hasrita, tapi terdatang show Ara Johari” – Ara Johari kec3wa peminat salah menyanyikan lagunya

Nurfarrah Izzatie Johari atau lebih dikenali sebagai Ara Johari merupakan finalis dan pemenang tempat keempat dalam pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016.

Ara juga merangkul gelaran naib johan dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 (2019) menerusi lagu “Bunga”.

Beliau mula meraih kejayaan arus perdana menerusi Akademi Fantasia musim ke-13 dan berjaya merangkul tempat keempat dalam rancangan tersebut.

Ara Johari mula meneruskan kerjayanya dalam industri muzik menerusi lagu “Warkah Untukku”, “Bunga” dan “Paku”. Lirik untuk lagu “Paku” ditulis oleh beliau sendiri.

Ara seterusnya berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi lagu “Warkah Untukku”.

Namun beliau tidak berjaya merangkul sebarang anugerah AJL32. Beliau sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 menerusi lagu “Bunga”.

Berkat usaha gigih beliau dan kumpulannya, lagu ini berjaya meraih gelaran naib juara. Kemenangan ini melonjakkan lagi nama Ara Johari dalam industri muzik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita


Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik araxedit menunjukkan beliau sedang menghadiri satu ‘show’ miliknya.

Klip video tersebut menunjukkan Ara sedang menghulurkan ‘microphone’ kepada peminat beliau untuk menyanyikan lagu beliau, tetapi, peminat beliau itu menyanyikan lagu milik penyanyi Wani Hasrita.

Ara menyuruh peminatnya itu menyanyikan lagu miliknya, tetapi peminatnya itu masih tersalah menyanyikan lagu milik penyanyi lain.

Komen Netizen:

@AnilzafLee:Lepas ni klu nak event gelak2 cmni, kena letak org melatah kat depan,sure syokkk gile

@Sern Bahrel:Bila kau dtg salah show.. Ingt nk dtg show wani eh hari ni show ara plak

@A.F:Hahaha akak memang sempoi la. Tang nama pun boleh tukar tu

@AzLiEyAtIe Raiysa RaNiA:Lawak la ko dik aq ulang balik² sbb nk dgr ko ckp slh lagu tu nmpak comel tau.. Ara redho dik

@anneohhaien:weyh aku ulang2 part lagu hit bunga warkah. tahh itu je yg fames. sumpah berdekah weyh

@GTヽB U C K Y O P:Jujur sgt ni kak mesti mber paksa pegi tgk konsert ni kn

Apabila Ara menanyakan sama ada perlu memilih Ara atau Wani, peminatnya itu berkata beliau memilih Wani.

Rata-rata penonton terhibur melihat aksi Ara bersama peminatnya itu. Ada juga yang ketawa dengan kuat kerana mengatakan peminatnya itu tersalah hadiri ‘show’ Ara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.metro.rimbabara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*