Pes4kit k4nser ten4t… sahabat nekad jaga, beri layanan terbaik hingga n4fas terakhir – “Kalaulah saya boleh pinjam s4kitnya”

BERTEMU dengan seorang insan tanpa pertalian d4rah yang sanggup mengharungi susah senang bersama merupakan satu rezeki dan anugerah yang tidak ternilai.

Tidak hairanlah wujud perumpamaan ‘bagai isi dengan kuku’ bagi menggambarkan satu hubungan sangat akrab yang terjalin.

Begitu juga kisah dua sahabat ini yang mempunyai hubungan rapat seperti ada pertalian d4rah dan terserlah peng0rbanan yang tidak ada tolok bandingnya melalui ukhuwah yang terjalin.

Lebih mesra dengan panggilan Kak Long di media sosial, hubungan dia dan kawan baiknya, Kay sedikit pun tidak terjejas walaupun hari-harinya yang mendatang semakin sukar.

Akaun TikTok mereka berdua yang diberikan nama @kaklongkay menjadi platform untuk Kak Long dan Kay berkongsi kisah hidup mereka agar dapat menjadi pedoman kepada masyarakat sekeliling.

“Ramai di luar sana yang apabila diuji, mereka tak tahu apa nak buat. Kami dah lalui banyak benda bersama dan kami belajar dari situ. Pengalaman kami ini mungkin berguna kepada yanag lain.” kata Kay ketika dihubungi mStar.

Kak Long mengh1dap k4nser dinding r4him tahap 4 manakala Kay mengh1dap peny4kit kemvrungan major (MDD).

Kak Long, 40, dan Kay, 30, membuka lembaran persahabatan mereka pada 2019 ketika bertemu di sebuah gimnasium di Damansara.

Ketika itu Kay bekerja sebagai jurulatih di gimnasium tersebut manakala Kak Long berada dalam bidang pengurusan korporat.

Segalanya berubah ketika p4ndem1k c0vldl9 melanda negara sehingga menyebabkan Kay dan Kak Long hilang pekerjaan.

Demi mencari sesuap nasi, mereka membuka perniagaan menjual kuih dan kek selain mencari pendapatan sampingan sebagai rider Grab dan penghantaran kurier Lalamove.

Bagaimanapun, mereka berdua dikejutkan dengan berita tak disangka-sangka apabila Kak Long j4tuh s4kit pada hujung tahun lalu dan dimasukkan ke hospital.

Kos rawatan Kak Long di hospital yang mencecah ribuan ringgit diakui memberikan bebanan tambahan tetapi mereka bersyukur kerana adanya subsidi hospital kerajaan dan wang simpanan.

Selain itu, Kay memaklumkan bahawa Kak Long ada menerima bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bantuan zakat perubatan.

Kay setia di samping Kak Long menjalani rutin harian.

“Dekat hospital kerajaan ada subsidi. Untuk kos perubatan Kak Long, kami guna simpanan yang kami ada. Tetapi macam orang cakap, gunung setiap hari kalau ditarah pun boleh jadi rata. Memang agak tough waktu itu,” kata Kay.

Ibarat sudah j4tuh ditimpa tangga, ketika menerima rawatan di Hospital Serdang, Kak Long didiagnos dengan k4nser, satu perkara yang menjadi igauan ngeri semua individu.

“Mereka hantar saya ke Institut K4nser Negara (IKN) untuk dapatkan rawatan lanjut. Tetapi selepas selesai imbasan PET, saya disapa dengan berita yang kurang senang. Mereka cadangkan saya untuk rawatan kemoterapi paliatif.

“Kemoterapi paliatif ini adalah untuk meringankan perjalanan akhir pes4kit, bukan untuk menyembuhkan. Cuma untuk bagi ada kualiti hidup, kurangkan simptom s4kit, boleh bergerak, boleh buat aktiviti harian. Tak adalah terbaring sahaja.

Kay (kanan) sentiasa menemani Kak Long untuk temu janji di hospital.

“Bila tengok saya punya imbasan PET, k4nser saya dah mer3bak ke seluruh bahagian abdomen dan organ yang berdekatan. Harapan untuk sembuh adalah sangat tipis,” kata Kak Long.

Kay sebagai rakan karib sudah semestinya lebur hati apabila mendengar berita tersebut tetapi mengakui dirinya harus kuat demi memberi sokongan serta semangat kepada Kak Long.

“Terlampau p1lu sebab kita tengok orang yang kita sayang, dari awal kita kenal dia sihat. Lepas itu kita tengok dia sekarang s4kit, tak larat, kita tukarkan pampers dia, kita mandikan dia, kita lap badan dia.

“Hari saya dengan Kak Long tak tahu berapa lama yang tinggal, terlalu singkat. Tetapi saya akan cuba manfaatkan sebaik mungkin masa yang ada ini,” katanya seb4k

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Kay kini menjadi penjaga sepenuh masa kepada sahabatnya itu dan tinggal bersama di rumah keluarga Kak Long di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Keluarga Kak Long sudah menganggap Kay seperti d4rah daging mereka sendiri dan memberikan sepenuh sokongan kepada Kay dan Kak Long untuk menempuhi dvgaan ini.

“Bila bangun pagi, saya akan buat sarapan macam svusu ke… hari ini Kak Long teringin nak makan wrap, jadi saya buatkan beef wrap untuk Kak Long. Semua bahan organik sebab Kak Long sebagai pes4kit k4nser tak boleh makan makanan proses.

“Tengah hari saya akan masakkan air sebab Kak Long tak boleh mandi air sejuk. Saya akan teman Kak Long ke bilik air dan bantu dia mandi.

Kay adakalanya membawa Kak Long ambil udara segar di waktu petang.

“Saya akan bagi ubat untuk Kak Long. Saya dah tulis dalam buku, jadual ubat untuk Kak Long, 4 jam sekali.

“Saya juga akan bacakan dia ayat Al-Quran sebab dulu waktu Kak Long sihat selalu solat jemaah sama-sama. Sedih sangat, kalau Allah boleh bagi sakit Kak Long pinjam dekat saya, dah ambil dah,” ujar Kay.

Kay juga sering mengambil inisiatif sendiri untuk membantu menaikkan semangat Kak Long agar dia dapat melupakan sebentar nasib dirinya.

Kasih sayang di antara Kay dan Kak Long tidak ada penghujungnya.

“Selalu juga saya masak-masak dengan Kak Long. Kita tengok orang keluar makan steamboat, tetapi kita tak boleh pergi, jadi kita buat steamboat sendiri dekat dalam bilik.

“Bila siang akan ajak Kak Long tengok cerita dekat Netflix. Tengok cerita yang memotivasikan dan kelakar. Bila petang, saya akan bawa Kak Long bersiar-siar ke taman menghirup udara luar.

“Nanti nak sangat bawa Kak Long pergi Cameron Highlands jalan-jalan dan pergi mengerjakan umrah sekali sebab itu memang dah lama menjadi impian kami,” kata Kay penuh harapan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*