“KEDAI ni nak berniaga ke bersedekah?”
Begitulah komen salah seorang netizen yang terkejut melihat satu rakaman tular mengenai makanan yang dijual di sebuah premis.
Menerusi video dikongsikan M. Abdul Salam di TikTok, makanan itu dijual pada harga tidak masuk akal iaitu RM13 bagi hidangan untuk tiga individu.
Warga maya turut menyifatkan harga dikenakan kepada pelanggan masih berkonsepkan kedai zaman 90-an walaupun sudah memasuki tahun 2022.
Tambah seorang pelayar di TikTok, sejak setahun lalu dia makan di kedai tersebut, harganya tidak pernah berubah dan pihak kedai makan masih mengekalkan harga sama.
“Ni bukan silap kira ya. Sudah setahun saya makan dekat sini. Harga memang save poket (jimat).
“Saya orang (menetap) di Gombak. Terkejut mula-mula sampai Puchong. Tiga orang makan RM13,” ujarnya.
Dalam video tersebut, kelihatan tiga orang pelanggan membungkus nasi campur yang masing-masing mempunyai lauk ikan dan ayam bersaiz besar.
Jelas Salam yang sering berkunjung ke kedai makan itu, dia terkejut melihat bil makanan ketika awal-awal berkunjung di kedai yang terletak di Puchong, Selangor itu.
Malah, dia turut bertanya beberapa kali kepada peniaga yang bermurah hati itu mengenai harga jualan ‘tidak masuk akal’ dikenakan kepadanya.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, perkongsiannya itu meraih perhatian dan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kagum, selain ada juga yang mempersoal harga makanan tersebut.
Terdapat seorang lelaki beranggapan bahawa harga makanan yang ditulis pada cebisan kertas itu merupakan caj bagi satu hidangan.
“Salah kira kot ni, takkan nasi campur tiga, air tiga, RM13 tambah dengan lauk ayam dan ikan,” komen seorang pelayar di TikTok.
“Tak bang (abang). Tiga orang makan. Sini murah bang. Ni port (tempat) lunch. Tengahari memang penuh. Lambat, habis,” ujarnya membalas komen tersebut.
Rata-rata warganet yang tertarik untuk berkunjung ke gerai ini mula bertanyakan lokasi gerai tersebut.
Malah, mereka juga turut mendoakan agar peniaga ini dimurahkan rezeki asbab kebaikan yang dilakukan.
Komen netizen di TikTok.
“Itu dah dikira menjual sambil bersedekah.
“Tiga orang makan RM13, pergh semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan kurniaan rezeki buat peniaga makanan berkenaan.
“RM13 semua? Murah gila tu, moga tuan kedai sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” ujar beberapa netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply