“Dulu Pernah Bertanya Pada Diri… Allah Terima Ke Aku?” – Oktovia Manrose Akui Diberi Hidayah Kerana Doa & Istiqomah Bapa

Pelakon Oktavia Manrose melu4hkan rasa syukur di Instagram sambil bercerita kisah penghijrahan bersama adiknya, Aprena Manrose.

Menurut Oktavia, segalanya bermula selepas doa dan istiqomah yang sering dipanjatkan oleh bapanya, penyanyi Iwan.

“Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-Allah dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah. Tiada apa yang lebih beruntung dari nikmat iman dan islam yang Allah beri sekarang.

“Allah bagi rasa. Allah bagi faham. Masya-Allah sangat luar biasa. Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada Allah SWT. Dan Rasulullah SAW. Semakin faham apa maksud dan tujuan hidup,” katanya.

Oktavia berkata, dunia merupakan tempat ujian semata-mata untuk manusia mengumpulkan saham di akhirat.

“Yang pasti kehidupan selepas dunia adalah lebih dahsyat. Umur di dunia sangatlah singkat berbanding beratus ribu tahun di akhirat lamanya Nauzubillahminzalik. Tersangatlah rugi kalau mensia-siakan diri dengan kemvngkaran.

Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian. Itulah hakikat kehidupan yang sebenarnya,” ujarnya.

Oktavio turut berkongsi yang dia pernah bertanya pada diri sendiri adakah dia sempat untuk menjadi baik di mata Allah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)


“Dulu pernah bertanya pada diri sempatkah aku? Allah terima ke aku? Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Dan percaya bahawa Allah akan terima setiap doa umat-Nya yang benar-benar ikhlas. Insya-Allah.

“Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat reda Allah. Bukan saja dari banyaknya ibadah kita lakukan seharian, tapi dari istiqomah dalam melakukan kewajipan kita pada Allah SWT. Alhamdulillah Allah dengan sifat Ar-Rahman Ar-Rahim dan Al-Ghofur, Allah bagi peluang.

“Satu persatu perubahan dalam diri. Masya-Allah. Bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai Ayahanda Iwan Syahman.

“Semoga saya, ahli keluarga, sahabat2 yang dikasihi istiqomah dan mendapat pengakhiran khusnul khotimah. Amin,” tutupnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*