Keadaan Ibu Semakin Uzvr, Nora Mohon Doa Peminat – “Ubat-Ubat Tidak Respon Dengan Baik, Mohon Doakan…”

Penyanyi Datuk Nora Ariffin meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan ibu tercinta, Datin Wan Azizah yang telah dimasukkan ke dalam wad sebuah hospital tempatan sejak enam hari lalu.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Nora memaklumkan keadaan ibunya semakin uzur dan tidak memberi respon terhadap ubat yang diberikan pegawai perubatan.

“Hari ini hari ke enam, ubat-ubat tidak respon dengan baik.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Maha pengasih dan penyayang, kau berikanlah kesembuhan pada ibuku yang sedang uzvr.

“Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani aku sewaktu kecil.

“Mohon sahabat-sahabat, orang-orang alim yang mengenali ibu saya mendoakan agar ibu kembali sihat. Saya masih sayang dan rindu ibu,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)


Terdahulu, Nora turut berkongsi gambar keadaan ibunya yang terbaring di atas katil wad hospital sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, di ruangan balas milik pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu dihujani doa dan kata-kata murni yang disampaikan oleh rakan selebriti serta peminat Nora.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*