Ibu ayah buat kejutan di awan biru, g4dis terharu terima jambangan bunga, kad, ucapan hari lahir

Tiada yang membahagiakan apabila menerima kejutan istimewa ketika pada hari lahir. Sukar untuk digambarkan betapa gembira dan pada masa sama rasa terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh insan tersayang.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Tiktok oleh @elynlyn_ atau Nurlin, g4dis berkenaan berkongsi momen indah ketika hari lahirnya. Kedua ibu bapa g4dis itu membuat kejutan hari jadi buat permata hati mereka di dalam pesawat dengan kerjasama pramugari yang bertugas.

G4dis itu bersama kedua ibu bapanya sedang berada di dalam sebuah pesawat Air Asia untuk menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Video yang dimuat naik g4dis itu menarik perhatian ramai warga maya.

Menceritakan momen-momen indah itu, jelas Nurlin beliau mulanya rasa terkejut apabila tiba-tiba dipanggil oleh pramugari untuk pergi ke bahagian depan pesawat. G4dis ini mengakui bahawa dia berasa amat terharu apabila pramugari tersebut membuat pengumuman dan ucapan hari jadi daripada ibu ayahnya.

Pramugari tersebut juga turut mengajak kesemua penumpang untuk menyanyikan lagu ‘selamat hari jadi’ buat dirinya. Nurlin turut menerima sejambak bunga dan kad ucapan hari lahir daripada krew penerbangan. Sejurus menerima kejutan tersebut, g4dis ini segera memeluk ibu dan ayahnya.

Video:

@elynlyn_

Alhamdulillah..Thankyou ibu,ayh❤️for the birthday suprise✨#airasia#airasiacabincrew #fyp

♬ original sound – elynlyn_ – elynlyn_

Video yang dimuat naik oleh g4dis ini telah berjaya mendapat lebih 109,000 tontonan, lebih 22,000 tanda suka dan 252 perkongsian di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang gembira dengan kejutan yang diterima oleh g4dis itu. Usaha kedua ibu bapanya menjadikan hari istimewa buat anak kesayangan mereka mengundang seb4k dan rasa terharu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*