Budak 8 tahun selalu tenung wajah rakan sebaya di sekolah, minta ibu jadikan anak angkat sebab muka seiras abang sedang s4kit

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Demikian kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang terp4ksa menahan rindu selepas abangnya tidak dapat menjalani kehidupan seperti manusia sihat.

Malah, saban hari dia akan termenung sendirian di sekolah selepas melihat rakan sebaya yang memiliki wajah seiras abangnya.

Kesedihannya bermula apabila si abang, Mohamad Nur Iman Ramadhani yang kini berusia 10 tahun disahkan mengh1dap peny4kit saraf otak atau leukodystrophy sejak setahun yang lalu.

Lebih meny4yat hati, bermula awal Mac lalu, Iman lvmpuh dan hanya terlantar di katil selain tidak dapat melihat mahupun memberi sebarang reaksi ak1bat peny4kit yang dialami.

Meskipun mengetahui keadaan tersebut, adiknya Nur Khayla Danisha tidak pernah berhenti untuk berborak dan mengimbau kenangan mereka berdua demi merangsang semangat abangnya untuk terus kuat dan sembvh.

Bercerita mengenainya, ibu kedua-dua beradik tersebut, Norhanisah Haswan, 29, berkata, jarak umur antara Khayla dan Iman yang hanya dua tahun membuatkan hubungan mereka akrab.

“Adik (Khayla) rindu sangat dengan abang dia… lebih-lebih lagi kalau balik sekolah sebab dah tak ada sesiapa lagi yang nak jaga dia.

Iman dan Khayla akrab dan sentiasa bersama sejak kecil.

Iman dan Khayla akrab dan sentiasa bersama sejak kecil.

“Kalau dahulu, abangnya akan pimpin tangan dia dekat sekolah dan sentiasa pesan ‘kalau ada orang bvli adik bagitahu abang’,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut suri rumah yang berasal dari Jerantut, Pahang itu lagi, disebabkan rasa rindu yang teramat sangat, anak keduanya pernah meminta dia mengambil seorang kanak-kanak lelaki sebagai anak angkat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Ia berikutan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Harras itu memiliki wajah seiras Iman selain dikatakan memiliki personaliti yang sama.

“Apabila ambil dia di sekolah, mesti dia cakap ‘ibu dekat sekolah ada muka macam abang Iman. Adik selalu tengok dia sebab rindu dekat abang Iman’.

Keadaan terkini Iman sejak disahkan menghidap penyakit saraf otak.

Keadaan terkini Iman sejak disahkan mengh1dap peny4kit saraf otak.

“Khayla juga akan selalu termenung kerana dia dah tak ada kawan nak main… kadang-kadang dia akan cakap ‘Khayla sedih ibu, Iman s4kit’.

“Setiap hari dia tak pernah jemu untuk berborak dengan Iman walaupun tiada reaksi balas… dia akan cerita kenangan lama-lama mereka sebelum kembali termenung dan bertanya sama ada Iman boleh sembuh atau tidak,” katanya.

Terdahulu, video Khayla yang dirakam ketika sedang termenung di bawah sepohon pokok di sekolahnya menjadi tular di media sosial sehingga mendapat lebih 101,200 tanda suka.

Rata-rata warganet yang menontonnya turut menzahirkan rasa sedih dan pilu sambil meninggalkan kata-kata semangat.

“Allahu sedihnya… Semoga adik kuat dan semoga abang Iman adik cepat sembuh.

“Bersabar dan bertabahlah dik, semoga abang Iman adik cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

“Tak kuat tengok. Semoga Allah permudahkan kesembuhan,” ujar beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*