[VIDEO] Gelagat kanak-kanak basuh pinggan di KFC buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @im_chowok, kelihatan beberapa orang kanak-kanak yang difahamkan telah selesai menjamu selera di restoran KFC.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat salah seorang kanak-kanak itu yang secara selamba membasuh pinggan yang digunakan oleh dia rakan-rakan di restoran tersebut. Menurut pemilik video, kanak-kanak tersebut juga bahkan membuang sampah dan juga mengemaskan meja makan dia dan rakan-rakan.

“Sabar.. sabar.. aku nak terapkan nilai murni je. Hbis makan buang sampah kemas meja.. ni kau b4ntai cuci pinggan tu kenapa.? s4kit kepala aku.,” tulis @im_chowok menerusi video.

Video:

@im_chowok

sabar.. sabar.. aku nak terapkan nilai murni je. Hbis makan buang sampah kemas meja.. ni kau bantai cuci pinggan tu kenapa.? sakit kepala aku.

♬ original sound – im_chowok – im_chowok

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 563k tontonan, 47.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: tiktok im_chowok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*