“Yup…Surprise, Doakan Kami,” – Pegang Perut Nampak ‘Baby Bump’, Dynas Mokhtar Hamil Anak Ke-4?

Tindakan pelakon, Dynas Mokhtar memuat naik sepotong video di Instagram pada Selasa nyata telah menarik perhatian ramai pihak.

Menerusi video yang memaparkan momen-momennya bersama keluarga itu, Dynas turut menyelitkan videonya yang sedang memegang ‘baby bump’.

Perkongsian tersebut ternyata telah menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen.

Malah, di ruangan kapsyen juga, Dynas seakan mengiayakan segala persoalan tersebut selain turut memohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Yup, surprise everyone. Doakan kami okay,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by dynas mokhtar (@dynasmokhtar)


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Dynas dan suami.

Setakat ini, video yang dikongsikan oleh pelakon siri KL G4ngster Underworld itu telah pun meraih lebih 60,000 jumlah tontonan.

Sekadar informasi, Dynas telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Edriel Obil yang lahir pada tanggal 17 Mei 2019.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa dan Muhamed Haqaish.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*