[VIDEO] Jep Sepahtu raih pujian, bantu Sari Yanti selesaikan urusan di rumah

Pasangan terkenal, Sari Yanti dan Jep Sepahtu merupakan diantara selebriti yang jarang sekali terpalit kontr0versi, bahkan kedua pasangan ini antara yang paling popular dalam industri hiburan tanah air.

Sari Yanti dan Jep juga semakin bahagia disamping lima cahaya mata mereka, dimana sebelum ini, Sari selamat bersalin pada 15 Mei 2021.

Baru-baru ini menerusi platform media sosial Tiktok, Sari Yanti berkongsi satu video yang memaparkan gelagat Jep Sepahtu yang dilihat sedang membantunya melipat pakaian ketika sedang berada di rumah.

Menurut Sari, dia bersyukur kerana suaminya itu membantu menyelesaikan urusan di rumah dan turut berkata amalan tersebut akan melahirkan kasih sayang yang membawa kepada sakinah, mawaddah dan rahmah.

“Alhamdulilah suami membantu urusan di rumah akan lahirlah kasih sayang yang membawa kepada sakinah, mawaddah dan rahmah,” tulis Sari di ruangan kapsyen.

Video:

@sariyanti728

Alhamdulilah suami membantu urusan di rumah akan lahirlah kasih sayang yang membawa kepada sakinah, mawaddah dan rahmah❤️🤲🏻 #jepsepahtu #sariyanti #fyp #foryou #foryoupage #fypシ゚viral #foryoupage #fypシ゚ #masukberanda #masukfyp #masukberandafyp #berandafyp #berandafypシ #berandatiktok

♬ original sound – bigboss – bigboss

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 515.1k tontonan, 37.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji sikap Jep Sepahtu.

Untuk makluman, Sari Yanti mendirikan rumah tangga bersama Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir, 1.

Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok sariyanti728

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*