“Kawan kat sebelah tu macam nak tolong,” -[VIDEO] Gelagat kanak-kanak berzikir buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @ammar_izzu88, kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang berzikir, sambil diperhatikan oleh perakam video yang difahamkan merupakan guru mereka.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat salah seorang kanak-kanak tersebut yang tertidur sehingga kepalanya tersengguk-sengguk ketika mengalunkan zikir bersama kawan-kawan.

“Amirul sedang asyik berzikir sehingga tak sedar beliau sedang diperhatikan oleh teacher Bella. Kawan kat sebelah tu macam nak tolong tapi tengah berdoa ,” tulis @ammar_izzu88 di ruangan kapsyen.

Video:

@ammar_izzu88

♬ Bebaskan Diriku Cover – ♪DEDYY…

@ammar_izzu88

Replying to @Ophelia amirul sedang asyikk berzikir sehinga tk sedar beliau sedang di perhatikan oleh ticer bella..kawan kt sebelah tu mcm nk tlng tp tgh berdoa..🙈

♬ original sound – ammar_izzwan – ammar_izzwan

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1 juta tontonan, 118.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: tiktok ammar_izzu88

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*