“Kuat Jodoh Muka, Pun Dah Hampir Sama.” Ucapan ‘Sweet’ Ashraf Muslim Puji Dua Isterinya Raih Perhatian

Bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, tetapi saling melengkapi dan bersikap tolak ansur.

Bagi pelakon Ashraf Muslim meluahkan rasa bertuah memiliki isteri-isteri yang sentiasa membantunya dalam kehidupannya.

Perasaan itu diluahkan menerusi muat naik terkini di Instagram miliknya. Malah wargamaya memuji keluarga bahagia ini yang sentiasa harmoni.

LUAH SYUKUR DUA ISTERI SENTIASA MEMBANTU

Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yg kusayangi yg sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini.

Kita lakukan sahaja apa yg Allah suka, insyaAllah dapat keberkatan darinya.

Semoga Allah meyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)


Meninjau di ruangan komen, menerusi kapsyen Ashrafm rata-rata memuji keluarga bahagia ini. Bahkan ada juga meminta tip bahagia poligami.

Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana isu belum dikurniakan zvriat selama dua tahun perkahwinan.

Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.

Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013 pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*