“Ujian b4njir tahun ni. Semoga yang terkesan dengan b4njir dipermudahkan semuanya” Begitulah kapsyen video yang dikongsikan di Tiktok @mai.far yang mengundang h1ba warganet.
Meskipun bahaya, pengawal keselamatan Ibni Dauda Arifin sanggup meredah b4njir bagi menyelamatkan bapa mentuanya, Ramli Awang Kechik yang lvmpuh seluruh badan ak1bat diser4ng str0k hemorrhagic iaitu pendar4han dalam kepala.
Kesungguhan Ibni Dauda, 44, dapat dilihat menerusi video dimuat naik video salah seorang ahli keluarga di TikTok.
Dalam rakaman video itu, Ibni Dauda dilihat bersungguh-sungguh menarik bapa mentuanya berusia 64 tahun yang baring di atas kayu di alas dengan kain walaupun air sudah berada pada paras dada.
Ambil Tanggungjawab Selamatkan
Memetik berita Harian Metro, Ibni Dauda berkata, dia menyelamatkan bapa mentuanya semalam sebelum masuk waktu Zuhur.
Bapa empat anak itu berkata, dia tidak berseorangan sebaliknya dibantu anak, Mohd Izzat Iskandar, 16, dan adik iparnya, Mohd Saudi Ramli, 36.
“Saya dan ayah tidak tinggal bersama. Ayah di Kampung Alor Wan Syed manakala saya tinggal berdekatan iaitu di Kampung Pengkalan Berangan dengan jarak dua kilometer (km).
“Oleh kerana ayah terlantar s4kit jadi saya ambil tanggungjawab bantu bapa mentua memandangkan ramai anaknya tinggal berjauhan dengannya.
“Menc4bar juga sebenarnya kerana paras air tinggi namun mujur anak dan adik ipar bantu saya untuk alihkan ayah daripada rumah ke tebing sebelum dibantu orang kampung untuk ke pusat pemindahan,” katanya.
@mai.far ujian banjir tahun ni. semoga yg terkesan dgn banjir dipermudahkan semuanya #banjir2022 #terengganubanjir #marang #ujianbanjir2022
Ibni Dauda berkata, apa dilakukannya hanya untuk jalankan tanggungjawab sebagai menantu.
“Ikutkan, ia bukan kali pertama saya bantu ayah ketika b4njir malah pernah juga sebelum ini.
“Ia kerana kawasan rumah ayah memang sering dilanda b4njir cuma kali ini paling buruk dalam sejarah,” katanya.
Sementara itu, adik iparnya, Mohd Saudi Ramli, 36, berkata, bapanya diser4ng strok sejak 15 Mac tahun lalu.
Mohd Saudi berkata, sejak itu, bapanya terlantar malah tidak boleh duduk mahupun bangun kerana lvmpuh.
“Memandangkan air naik tinggi jadi saya, abang ipar dan anak saudara sepakat alihkan ayah ke tempat selamat.
“Kami ambil masa 20 minit juga untuk alihkan ayah dari rumah ke tebing kerana terpaksa bergerak perlahan berikutan air tinggi,” katanya yang juga anak kedua daripada sembilan beradik.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply