[VIDEO] Anak Tervna Cintai Al-Quran, Netizen Kata Rita Rudaini Bertuah! – “Semoga Dapat Menantu Pun Yang …”

Perkongsian video di TikTok memperlihatkan anak lelaki Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin sedang mengaji menarik perhatian netizen.

Bersyukur anak-anak mencintai Al-Quran, pelakon berusia 46 tahun itu meluahkan rasa bahagia dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya.

“Alhamdulillah… anak-anak yang mencintai Al-Quran adalah salah satu rezeki yang Tuhan hadiahkan untuk saya… tiada yang lebih bahagia dari ni.

“Moga anak-anak ku akan terus bersahabat dengan Al-Quran sampai akhir h4yat. Ryan minta guru mengaji dia dari kecil ustaz @hjzalie untuk tebuk hafazan dan periksa tajwid,” kongsi Rita.

@ritrud727

#Repost @ritrud727 ・・・ Alhamdulillah…anak2 yg mencintai AlQuran adalah salah satu rezeki yg Tuhan hadiahkan utk sy…tiada yg lebih bahagia dr ini….moga anak2 ku akan terus bersahabat dgn AlQuran sampai akhir hayat… Ryan mintak guru ngaji dia dr kecik ustaz @hjzalie utk tebuk hafazan dan check tajwid…

♬ original sound – Rita Rudaini – Rita Rudaini

Selain rakaman itu, Rita turut memuat naik video dia menunggu anak-anak lelakinya dalam kereta sementara mereka selesai menunaikan solat.

“Simpan kenangan ni sampai akhir h4yat kamu ya anak-anak… mommy tunggu kamu dalam kereta. Tugas mommy untuk anak-anak lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri.

“Doakan mommy sihat selalu,” tulis Rita.

@ritrud727

#Repost @ritrud727 ・・・ Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak2…mommy tggu kamu dlm kereta 😌…tugas mommy utk anak2 lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri…doa kan mommy sihat selalu 🤍

♬ original sound – Rita Rudaini – Rita Rudaini

Rata-rata netizen menganggap Rita seorang ibu yang sangat bertuah kerana memiliki dua orang anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap agama dan keluarga.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*