“Buat hal la kau oyen, aku dah la nak cepat” – Gelagat Oyen Melintas Jalan Buat Ramai Terhibur

Kebiasaannya apabila kita dalam keadaan kelam-kabut dan mengejar masa, tentu ada sahaja perkara yang terjadi untuk melambatkan masa yang ada. Sama macam situasi yang dialami oleh gadis ini apabila dia terpaksa bersemuka dengan seekor kucing ini pada awal pagi.

Biasanya pada waktu pagi memang ramai yang tergesa-gesa untuk pergi ke tempat kerja kan? Tetapi gadis ini terpaksa melayan kerenah kucing ini yang melintas jalan secara slow motion dahulu sekaligus membuatkan ramai terhibur melihatnya.

Pada gambar dan video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan situasi lucu yang berlaku semasa dia keluar rumah pada awal pagi tersebut. Menurutnya, pada waktu itu jam baru sahaja menunjukkan pukul 7 pagi di mana dia keluar rumah mungkin untuk ke tempat kerja.

Gelagat kucing ini juga kelihatan seperti mahu mengusik gadis itu dengan sengaja berjalan secara perlahan-lahan sekaligus membuatkan ramai tergelak melihatnya. Ada juga yang menganggap mungkin juga kucing itu baru sahaja bangun tidur dan dalam keadaan yang masih mengantuk.

Video:


Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dihadapi gadis tersebut. Malah ada yang berselor0h kucing berwarna oren seperti ini memang sering melakukan sesuatu yang pelik dan di luar jangkaan ramai.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://infoslikemedia.com/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*