“Keluar rumah, b4bi-b4bi ni muncul” – Beri makan sebab jinak, pemuda mohon maaf sebab panggil b4bi hutan nama manusia

JINAKNYA seperti kucing, tapi sebenarnya bukanlah haiwan peliharaan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, kelihatan tiga ekor b4bi hutan seolah-olah mendengar kata apabila setiap nama dipanggil.

“Meh sini, Ali, Abu… siapa lagi seorang Kamarul, sini,” kata seorang pemuda yang kemudian memberikan nasi kosong kepada haiwan berkenaan.

Tampil menjelaskan situasi yang sebenar, pemuda tersebut, Muhammad Faqih Rohaizad berkata, ketiga-tiga ekor b4bi hutan itu bukanlah haiwan peliharaannya, sebaliknya ia merupakan haiwan liar yang berkeliaran dari hutan berdekatan rumahnya di Paroi, Negeri Sembilan.

Lebih mesra disapa Black, katanya, dia juga turut dididik oleh ibunya supaya sentiasa menyayangi haiwan dan berkongsi makanan dengan makhluk tuhan ini.

Sekumpulan babi yang dilihat di luar pagar rumah.

Sekumpulan b4bi hutan di luar pagar rumah.

“Mak jenis sayang binatang, jangan sesekali pvkul haiwan kalau m4rah sekalipun. Cukuplah sekadar menegur.

“Mak juga ajar supaya sisa makanan jangan dibuang dalam tong sampah. Lebih baik makanan itu diberi kepada binatang jalanan seperti kucing dan anjing atau haiwan liar macam monyet dan b4bi hutan.

“Mak kata ‘Kita kalau ada rezeki lebih, ada makanan lebih kena kongsi’. Ini termasuklah dengan haiwan, tak kira binatang tu b4bi hutan,” ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

bagi babi makan 2

Tiga ekor b4bi antara yang sering menikm4ti makanan yang diberi.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik ini, pada mulanya b4bi hutan hanya keluar mencari makan pada tengah malam atau awal pagi, tetapi kini boleh dilihat pada waktu siang, dan makanan diberikan di sebalik pagar rumah.

“Sebelum ni b4bi-b4bi ni takut, mungkin tak percayakan manusia. Tapi mungkin dah ada sumber makanan daripada manusia, haiwan-haiwan ini dah mula percayakan kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kadang-kadang setiap kali nampak saya, mak atau ayah keluar rumah, muncul b4bi-b4bi ni. Ada dua kelompok, sama ada tiga ekor atau lima ekor yang lain,” katanya sambil menambah kebiasaannya b4bi hutan diberi nasi kosong, manakala monyet pula mendapat roti kosong.

Dalam pada itu, Black yang merupakan jurujual mengulas mengenai panggilan nama b4bi seperti di dalam video yang meraih lebih 1.6 juta tontonan di TikTok setakat ini.

bagi babi makan 1

Black menganggap b4bi hutan sebagai haiwan yang jinak.

“Tentang nama tu spontan sebenarnya. Minta maaf kalau ada yang terasa berkenaan dengan nama-nama tu. Percayalah, ia dibuat secara spontan tanpa mengaitkan dengan sesiapa.

“Niat saya hanya nak bergurau. Saya sedar tak elok bagi nama orang kat binatang. Maafkan saya atas kesilapan yang tidak disengajakan.

“Video yang saya kongsi tu bertujuan untuk nak sampaikan mesej bahawa tak kisah b4bi hutan, anjing atau kucing liar, semuanya makhluk Allah.

“Binatang-binatang ni pun kita kena sayang dan antara caranya adalah memberi makanan,” katanya yang membela tujuh ekor kucing di rumah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*