[VIDEO] Usia Belum Genap Setahun, Netizen Teruja Tengok Muhammad Bilal Dah Pandai Berjalan – ‘Boleh Tambah Adik Ya’

Meskipun umurnya belum genap setahun tetapi anak kepada pengacara dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Muhamad Bilal sudah pandai berjalan. Wah, badan Bilal dah tegap!

Bilal dah pandai berjalan

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Nur NLFH, memaparkan anak kepada pengacara itu masih berada dalam fasa ‘baru dapat kaki’.

Bukan itu sahaja, kelihatan Bilal cuba untuk menaiki climber untuk pertama kali. Meskipun saiz climber agak besar, namun Bilal berjaya naik di peringkat paling tinggi dengan pemantauan orang tuanya.

Di video yang lain, Bilal dilihat begitu teruja ‘meneroka’ taman permainan indoor. Malah, si cilik itu turut berjalan dengan laju dan mendekati pelbagai mainan di sana.

Walaupun usianya masih belum mencecah setahun lagi, namun badan Bilal sudah tegap serta mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa pun.

Video penuh

@seorangnur

First time pun Bilal kalau boleh nak naik paling tinggi 😂 Budak bertuah sungguh lahh awak ni ❤️ #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ Tokei no Uta – Nonochan(Nonoka Murakata)

@seorangnur

MasyaAllah Bilal 😍 Dah besar dah budak tecik comel ni 🥹 #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ original sound – ʟᴜɴᴀ. – Rachel Verns Official

‘Dah boleh tambah adik ya Bilal’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut anak kepada Neelofa dan PU Riz sudah pandai berjalan. Malah, ada juga di antara mereka yang terhibur melihat tag nama di bahagian belakang Bilal.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*