[VIDEO] “Singlet Pun Gantung” – Netizen Puji Almari Baju Bilal Kemas Sangat, Macam Kedai!

Pengacara popular, Neelofa sering berkongsi mengenai rutin hariannya sebagai seorang usahawan di media sosial.

Tidak hanya itu, Neelofa juga tidak lokek untuk berkongsi informasi mengenai hal-hal melibatkan penjagaan anak dan juga perkara berkaitan rumah tangga.

Sama halnya dengan satu hantaran video di Instagram yang dibuat oleh bekas pengacara MeleTOP itu baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Neelofa dilihat sedang memberi perkongsian mengenai botol susu yang digunakan oleh Muhammad Bilal, anaknya.

Dirakamkan di bilik yang dipercayai milik Bilal, mata netizen tersorot pada ruangan almari pakaian anaknya yang disusun rapi, mengikut saiz dan warna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)


Memantau ruangan komen, ramai yang memuji keadaan almari pakaian Bilal yang kemas dan dilihat persis butik pakaian.

Tidak kurang dengan itu, ada juga yang bertanya sama ada Neelofa bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*