Anak Puteri Sarah Bersedekah & Duduk Di Ribaan Lelaki Egypt, Netizen S4yu Hati Melihatnya!

Ketika menunaikan umrah, ramai jemaah yang berusaha untuk melipatgandakan amal ibadat di Tanah Suci.

Tidak hanya pada orang dewasa malah anak-anak yang dibawa bersama  turut dilibatkan untuk biasa melaksanakan apa sahaja kerja amal kebajikan dan kebaikan sepanjang berada di bumi barakah.

Begitu juga apa yang dilakukan oleh Puteri Sarah Liyana, baru-baru ini dilihat turut berkongsi detik  melaksanakan Program Sabil di bumi Madinah dengan memberikan sedekah berbentuk makanan dan minuman kepada jemaah yang lain.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya, dia bersama anaknya serta beberapa orang individu yang lain tampil membantu dalam memberikan makanan kepada jemaah yang berada di kawasan sekitar masjid Nabawi, Madinah.

Begitu ringkas kapsyen yang ditulis olehnya, sekali gus mencuri tumpuan warganet.

 “Program Sabil di Bumi Madinah. Terjumpa orang Egypt, masya-Allah sayang betul dekat Syaikhul Islam.”


Susulan daripada perkongsian video tersebut, rata-rata warganet memuji Puteri Sarah dalam usahanya mendidik anak-anaknya dengan melakukan amalan mulia dengan bersedekah.

Malah tidak kurang juga ada yang berasa sayu hati bila melihat kelibat anak lelaki Puteri Sarah iaitu Syaikhul Islam duduk begitu manja di atas ribaan seorang lelaki yang difahamkan berasal daripada Egypt.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*