“GF Upgrade Stail Rambut BF,” – Shila Amzah Bawa Masuk Salun, Peminat ‘Lega’ Nampak Dahi Ubai, Puji Makin Kacak

Penyanyi Shila Amzah memuat naik sepotong video yang merakam reaksi spontan temannya yang juga pempengaruh TikTok, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, selepas rambutnya dipotong di sebuah salon, pada Rabu.

Menerusi video yang dikongsikan di platform TikTok itu, Shila secara berseloroh menulis ‘rambut Ubai kena hijack’ sekaligus menerusi perhatian peminat.

Ubai yang pada awalnya memberikan reaksi tidak tahu apa yang akan berlaku bagaimanapun dilihat teruja selepas proses berkenaan selesai.

“Siapa boyfriend or suami korang yang ada rambut super straight gila tu boleh la pergi buat Korean Perm ni. Tapi tahan lah tunggu satu setengah jam dekat salun,” tulisnya pada ruang kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, netizen meninggalkan reaksi berbeza-beza dan tak kurang yang mengusik pasangan dua sejoti itu.

Video:

@shilaamzahofficial

Rambut @Ubai Mz Kena hijack Dengan sha 🤪 Siapa boyfriend or suami korang ada rambut super straight gila tu boleh la pergi buat Korean perm ni. Tapi tahan la tunggu 1 setengah jam Kat saloon 🤣

♬ Miss you – Official Sound Studio

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun ditonton lebih 1.2 juta kali bersama puluhan ribu tanda suka.

Terdahulu, pasangan ini mulai mendedahkan mengenai hubungan istimewa pada Februari lalu dan Ubai mengakui dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*