[VIDEO] Kucing milik jutawan tudung dilayan bak ‘puteri raja’

Dilayan seperti seorang ‘puteri raja’. Itulah keistimewaan layanan diterima oleh dua ekor kucing dikenali Aspen dan Money milik jutawan tudung.

Menariknya, bukan sahaja diberi layanan istimewa, malah kucing tersebut juga turut disediakan sebuah bilik khas yang lengkap dengan katil, tilam, almari baju, tandas autom4tik dan ruangan berhawa dingin.

Selain itu, baju kucing-kucing tersebut juga direka oleh pereka fesyen terkenal antaranya Man Kajang.

Perkara tersebut telah dikongsi oleh pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri di laman TikToknya yang memaparkan ‘kemewahan’ yang disediakan kepada kucing kesayangannya.

“Bilik anak saya (kucing) bukan setakat beraircond (berhawa dingin), tetapi ada bilik khas, siap ada almari baju, tandas pun autom4tik, aircond 24 jam, siap ada katil, makanan import dari UK (United Kingdom)

“Insya-Allah saya akan jaga macam anak kandung,” kata jutawan tudung itu menerusi video di laman TikTok.

Tambah Hasliza, dia juga tidak suka ‘anak-anak’nya itu dipanggil kucing.

“Kalau nama anak awak tu Leha, panggillah Leha, takkan nak panggil manusia sahaja. Begitu juga dengan anak (kucing) saya nama dia Money, kena panggil Moneylah jangan panggil kucing sahaja, apa susah sangat,” tegasnya.

@halizamaysuri

Replying to @Sapu Tangan Terima kasih,prihatin sungguh Cikpuan seorang ni. Mesti cat lovers.

♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna TikTok teruja dengan keistimewaan dan ‘kemewahan’ yang disediakan jutawan terbabit kepada kucing peliharaanya.

Pada masa sama, pengguna juga mahu lebih banyak kucing jalanan diberikan layanan dan keistimewaan seperti yang dilakukan oleh jutawan tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*