Inspirasi! 64 tahun, nenek 10 cucu, Ku Meriam gigih ke kampus, penuhi impian genggam ijazah

INSPIRASI kepada kaum Hawa, foto seorang wanita berusia emas tular di Twitter dan laman sosial rasmi universiti. Ternyata usia bukan penghalang dalam mencari ilmu!

“Ibu saya, 64 tahun. Nenek kepada 10 orang cucu (11 tak lama lagi) sedang dalam tahun ketiga degree.

“Menuntut ilmu tidak kenal usia. Age is just a number!” ciap anak keempatnya, Mohd Solehudin Sarkadi di Twitter.

SinarPlus mengagumi semangat Ku Meriam Ku Hussain. Mengikuti pelajaran peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengurusan (major dalam Organisasi) di Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia dalam mod Pengajian Jarak Jauh (PJJ), wanita yang dikenali sebagai Mak Wan itu memperbetulkan persepsi masyarakat bahawa ijazah hanya untuk golongan muda.

Kegigihannya memberikan inspirasi bahawa menuntut ilmu boleh sahaja dilakukan pada bila-bila masa tanpa mengira had umur tertentu.

memulakan pengajian pada sesi 2020/2021, rupanya ini kali pertama Ku Meriam kali  menjejakkan kaki ke kampus induk USM di gelugor, pulau pinang.  difahamkan dua tahun beliau mengikuti pengajian secara dalam talian susulan p4ndem1k.

“Tahun ni Mak daftar minggu intensif pada 2022/2023, pertama kali selepas c0v1d-i9 melanda. Sebelum ni kelas melalui online,” kongsi Mohd Solehudin ketika dihubungi SinarPlus.

Menerusi komen di laman sosial terdapat warganet yang memanggilnya sebagai Ustazah. Penulis kemudian mendapat tahu Ku Meriam rupa-rupanya terdahulu bergelar guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Tanjung Tokong.

Berbekalkan pengalaman bekerja dan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1976, ibu kepada enam cahaya mata itu cekal mengejar cita-citanya menggenggam segulung ijazah.

“Emak tak ada gol tertentu tetapi sudah lama menyimpan keinginan untuk melanjutkan pelajaran dan mendapatkan ijazah.

“Anak-anak dan cucu-cuculah yang menjadi penguat semangat, membantu serba sedikit dalam pelajaran,” katanya yang turut memaklumkan kehilangan bapa tercinta akibat kanser usus pada tahun 2013.

Sepanjang kelas intensif ini, Ku Meriam berulang-alik ke kampus setiap hari dari rumah di Tanjung Tokong.

Menempuhi perjalanan selama 45 minit, wanita itu tidak sunyi dengan kehadiran anaknya, Nurul Huda Sarkadi, 38.

Ternyata tiada had usia untuk menuntut ilmu dalam keluarga Ku Meriam. Memburu ijazah sarjana muda pada umur 30-an, anaknya itu kini menjadi teman ke kampus.

Tidak sekadar menjadi rakan sekampus, Nurul Huda juga penuntut pusat pengajian yang sama dengan emaknya. Cuma yang berbeza majornya  dalam Kewangan.

Warga maya teruja dengan perkongsian positif ini.  Rata-rata tertarik dan teruja dengan kegigihan wanita ibu kepada enam cahaya mata itu dalam merealisasikan impiannya.

– “Semoga aunty lulus cemerlang Nak tunggu update pakai jubah konvo! Good luck!”

– “Dulu masa belajar 2007. Bekas roommate saya pun pesara guru umur 60-an sambung ijazah. Dah dapat ijazah dia sambung pula Master. Hebat.”

– “Allahu Akhbar . SubhanAllah. Alhamdulillah. Moga ALLAH permudahkan bagi Puan menuntut ilmu. USM memang sentiasa terbaik.”

– “Tahniah aunty. Good luck. Semangat ini yang kita mahu.”

– “Masya-ALLAH, tahniah Ustazah. Moga diberi kemudahan untuk menuntut ilmu.”

– “Mak Wan idola ni. moga beliau diberi kesihatan yang baik setelkan FYP.”

– “Better late than never. Power lah. Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan.”

– “Terbaik nenek.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*