[VIDEO] Gelagat Hayder jadi doktor buat ramai terhibur

Pelakon Eyra Hazali adalah seorang pelakon yang mula menceburi bidang seni ini sejak dari kecil lagi. Umum sedia maklum bahawa Eyra Hazali mempunyai anak lelaki yang sangat comel bernama Hayder Qhalish. Kecomelan Hayder ini sering mencvri perhatian ramai.

Telatah comel yang selalu dimuatnaik di pelbagai media sosial membuatkan Hayder menjadi terkenal dan ramai yang tertunggu-tunggu video comelnya. Sejak kecil lagi Eyra memang sudah memperlihatkan anak lelakinya itu dengan video-video aktiviti bersama Hayder.

Terbaru menerusi laman Tiktok rasmi miliknya, Eyra memuat naik satu video yang memaparkan suaminya iaitu Haziq sedang berbaring di atas katil.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat Hayder yang secara selamba menghampiri bapanya itu, sambil membawa kelengkapan seperti seorang doktor termasuk stetoskop dan sebagainya.

“Boleh ek patient check doctor? ,” tulis Eyra di ruangan kapsyen.

Video:

@eyrahazali21

Boleh ek patient check doctor? 🤣

♬ original sound – Mama Hayder&Endra – Mama Hayder&Endra

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 17.6k tontonan, 3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Hayder Qhalish.

Sekadar info, Eyra Hazali sah bergelar isteri kepada penjaga gawang gol bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Haziq Nadzli.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Khalish dan Muhammad Endra Haqimie.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok eyrahazali21

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*