Lain macam sesi orientasi UiTM, senior buat video muzik ala-ala ‘High School Musical’ sambut junior… Menari ‘kayu’ tetap sporting!

SIAPA sangka filem muzikal dari Amerika, High School Musical dibintangi oleh Zac Efron, Vanessa Hudgens dan Ashley Tisdale dan ramai lagi yang popular pada 2006 terus menjadi kegilaan anak muda hari ini.

Kini kehangatannya kembali dirasai menerusi video muzikal yang dihasilkan bakat muda tempatan ketika menghangatkan sesi kemasukan pelajar baharu di institusi pengajian tinggi (IPT).

Dengan gerak tari gempak dan aksi lincah yang menghiburkan, ia menampilkan bakat terpendam sekumpulan anak muda dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

OMG (Oh my God)! High School Musical!” demikian antara komen netizen yang teruja menyaksikan rakaman video muzikal berdurasi 3 minit dan 45 saat.

uitm muzikal 7

Aksi lincah dan bersahaja sekumpulan pelajar UiTM.

Bercakap kepada mStar, Rizwan Naim Rudy yang terlibat dalam pembikinan video itu berkata, ia merupakan persembahan sempena kemasukan pelajar baharu yang menyertai Minggu Destini Siswa (MDS) bagi sesi 2023.

Dia yang mengarahkan video ‘MDS Musical’ turut memberitahu, video berkenaan dihasilkan kumpulan Pemimpin Mahasiswa (PM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), melibatkan seramai 136 pelajar pelbagai jurusan di kampus itu.

uitm muzikal 3

Perasmian Minggu Destini Siswa di UiTM Shah Alam.

“Lagu dari filem High School Musical itu membangkitkan semangat anak-anak muda yang menyambung pengajian di universiti.

“Jika selama ini mereka hanya menganggap kehidupan di sekolah adalah kemuncak segala-galanya, tapi masuk ke alam universiti juga lebih menarik.

“Kita mahu ubah stereotaip high school. Dan sebenarnya kehidupan di universiti menyedarkan kita tentang realiti yang lebih dewasa dan matang tetapi menyeronokkan,” kata pelajar berusia 21 tahun itu kepada mStar.

uitm muzikal 4

Naim (tengah) bersama Naif (kiri) dan Haziq menghasilkan video bersama sekumpulan Pemimpin Mahasiswa dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar.

Lebih mesra disapa Naim, katanya, penghasilan video tersebut mengambil masa selama dua hari dengan kerjasama dua rakan, Naif Saifuddin Sahaludin, 22, dan Ahmad Amirul Haziq Mohd Burhan, 22.

“Pihak UiTM menetapkan tema back to school dan kami dalam kumpulan PM daripada biro publisiti dan multimedia mengolahkannya dengan inspirasi High School Musical.

“Selain filem High School Musical, kami turut menyuntik elemen siri popular Project: High Council dan Oh My English,” katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam).

uitm muzikal 1

Persembahan gimik perasmian Minggu Destini Siswa.

Lebih menarik, terdapat babak yang dirakamkan sewaktu persembahan secara langsung ketika gimik perasmian MDS, minggu lalu.

“Persembahan dilakukan secara langsung di pentas, melibatkan 30 pelajar termasuk 10 peserta MDS yang sukarela dan berminat untuk berlatih koreografi.

“Mereka sebagai siswa terkejut sebab tak sangka pembuka kehidupan degree mereka dengan membuat persembahan yang bukan sahaja besar, tapi menyeronokkan,” tambah Naim.

Di sebalik pembikinan video, kata pemuda yang berasal dari Kajang, Selangor itu, setiap pelajar diuji dengan koreografi meskipun kebanyakannya tiada pengalaman menari.

uitm muzikal 2

Sekumpulan pelajar UiTM yang terlibat dalam rakaman berkenaan.

“Bukan semua boleh menari, ada yang menari memang ‘kayu’ dan kami semua hanya berlatih dalam masa dua hari rakaman video dibuat.

“Saya sendiri tak pandai menari dan tak pernah menari di khalayak ramai. Begitu juga dengan sebahagian mereka yang lain, ada yang malu-malu tapi auto boleh menari dengan baik.

“Sebab apa? Sebab mereka sporting dan seronok melakukannya. Begitulah juga mesej yang ingin kami sampaikan dalam video ni.

“Kami mahu semua pelajar terutama yang baharu tidak terbeban dengan kehidupan di universiti, tetapi teruja untuk menimba ilmu dalam suasana yang menyeronokkan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*