[VIDEO] Mewahnya! Netizen Terpukau Dengan Rumah Marsha Milan – “Wow! Ni Rumah Ke Istana Ni?”

Penyanyi bervokal mantap, Marsha Milan menjadi perhatian apabila tular sebuah rakaman video yang memaparkan kediaman rumahnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan penyanyi tersebut mengadakan jamuan rumah terbuka sempena Hari Raya yang dihadiri rakan-rakan dan selebriti.

Apa yang membuatkan netizen teruja adalah kemewahan rumah Marsha yang jelas kelihatan cantik dan gah ibarat rumah agam.

Video yang berdurasi hampir 1 minit itu memaparkan suasana kediaman Marsha seperti ruang tamu utama, ruang makan dan ruang dapur.

VIDEO;

Ternyata rakaman tersebut membuatkan rata-rata netizen terpukau dengan mahligai pelantun lagu Kembali Terang itu.

Menjengah ke ruang komen, ramai turut memuji sikap mesra Marsha dalam melayan tetamu yang hadir, malah ada yang menyifatkan rumah Marsha ibarat istana dan hotel mewah.

KOMEN NETIZEN;

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih 974,000 tontonan, 50,000 tanda suka dan lebih 700 komen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://www.xtra.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*