ND Lala Hadir Ke Majlis Pertunangan Shila Amzah, Tersenyum Bergambar Satu Keluarga

Pada Sabtu, penyanyi Shila Amzah selamat melangsungkan pertunangan dengan pempengaruh, Ubai, dalam sebuah majlis tertutup.

Adik perempuan Shila iaitu Syada Amzah memuat naik satu hantaran di Instagram Story meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan kakaknya bersama Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli.

ND Lala datang ke majlis

Syada juga sempat berseloroh dengan menyatakan dia enggan menggunakan gelaran ‘abang’ kepada bakal abang ipar memandangkan mereka sebaya.

Belum boleh ucap selamat datang ke keluarga kami. Kita hanya ucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli Shila dan Ubai. Tak nak panggil abang.

Penyanyi berumur 33 tahun itu membalas, ‘Panggil la abang. Tolong la. Kan tunang saya tua 4 hari dari awak.’

Dalam pada itu, kehadiran penyanyi Datuk ND Lala meraikan hari bahagia anak tercinta turut mencuri perhatian ramai.

Menerusi foto itu, ND Lala tersenyum ketika bergambar bersebelahan dengan isterinya, Datin Fauziah Sarman, empat anak, menantu dan cucu.

Gambar itu sekaligus menunjukkan keluarga ini sudah berbaik selepas dilanda kemelut rumah tangga dengan dakwaan wujud orang ketiga.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*