Pernah dibuang oleh Shark sebab tua & gemuk, Aaron Aziz berlakon pula dengan Chris Hermsworth – The Reporter

Mac lalu, industri seni dikejutkan dengan pengumuman pengguguran pelakon terkenal Aaron Aziz daripada filem Original Gangster di bawah arahan Syamsul Yusof.

Syamsul Yusof menerusi satu kenyataan mengatakan, dia individu yang terakhir menggugurkan nama Aaron dan mendakwa penerbit-penerbit mengatakan Aaron sudah tua dan gemuk selain menghidap masalah slip disc.

Namun begitu, kenyataan tersebut dapat ditepis oleh pelakon berkenaan apabila beliau membuktikan bahawa dia masih mampu membawakan kepelbagaian watak.

Dalam satu hantaran di media sosial, Aaron Aziz berkongsikan perkembangan terbaharunya yang bergandingan dengan Chris Hermworth menerusi filem Extraction 2.

“Alhamdulilah, ini la suprise yang abang katakan. Allah knows best,” tulisnya.

VIDEO;

@therealaaronaziz

Alhamdulillah ini lah surprise yg Abg katakan. ALLAH knows best.@NetflixMY @NetflixFilm : #TylerRakeLives #Extraction2PH Fight scenes GEMPAK gila!! 100 times better than Fast X. @chrishemsworth @samhargrave (Director) @iedilputra #f #fyp #fy #fypシ #aaron #aaronaziz #fypシ゚viral

♬ DJ PAIJO MUMET NDASE CR yt Yanz – Zeus66`music☠️

Rata-rata netizen memuji perkembangan terkini pelakon kesukaan mereka itu,dan mengatakan rezeki yang diperolehinya itu lebih baik daripada sebelumnya.

“Usaha tak pernah mengkhianati hasil, moga maju jaya Aaron Aziz,” tulis Ayen.

“Lepas dibuang, dihargai oleh orang-orang yang betul menghargai bakat Aaron Aziz,tahniah,” tulis Danial Damia.

“Fuh, betul-betul next level,” kata Ehsan Adenan.

Selain itu juga, ada yang mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Syamsul sebelumnya.

“Hairan aku tengok orang condemn Aaron dah tua, body dah tak sesuai cerita aksi. Tengok video ni tak nampak pun punca condemn tu,” kata Qayyuumszk.

Gambar : TikTok / https://thereporter.my/

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*