Setanding majlis Yuna! Pengantin Sabah buat ramai cemburu, pelamin latar belakang Gunung Kinabalu cukup memukau… Kos RM20,000 je

BETUL-BETUL memukau!

Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan majlis pernikahan bagi pasangan Mohd Ikhwan Syafiq Camillus dan isterinya, Nor Izyan Mohd, yang berlangsung baru-baru ini.

Dengan tema garden wedding, hari bahagia pasangan ini tampak sempurna apatah lagi pelaminnya berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang tersergam indah.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Ikhwan Syafiq atau lebih senang disapa Ikhwan berkata, tema perkahwinan dalam taman sememangnya merupakan impiannya bersama isteri.

“Ceritanya saya dan isteri pernah menikm4ti makan malam di restoran di sebuah hotel iaitu Hotel Perkasa, Kundasang.

“Apabila nampak view Gunung Kinabalu yang cantik dari hotel tersebut, maka tercetuslah idea untuk merealisasikan majlis kami di situ.

“Sebelum ini ada pasangan yang buat majlis di situ juga tapi mereka pasang khemah. Kami rancang tak mahu pasang khemah kerana nak nampakkan lagi view indah itu lebih jelas.

“Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga impian kami pada 29 Mei lalu,” ujar lelaki berusia 28 tahun ini.

Menurut Ikhwan, majlis pernikahan dan resepsi dibuat pada hari yang sama dengan kehadiran sekitar 50 tetamu kerana mahukan ia lebih privasi dan intimate.

Berkongsi lebih lanjut, Ikhwan berkata perancangan untuk merealisasikan majlis hari bahagianya mengambil masa sekitar lapan bulan memandangkan perlu melihat ‘availability’ lokasi serta ramalan cuaca.

“Pada mulanya kami rancang nak buat majlis pada Mac tetapi lokasi itu fully booked. Jadi tunda ke bulan Mei. Kami juga tengok ramalan cuaca sebab bimbang juga kalau-kalau cuaca ketika majlis nanti tak sesuai.

kinabalu 2

Tema ‘garden wedding’ menjadi pilihan pasangan ini.

“Alhamdulillah cuaca beri kerjasama yang sangat baik. Daripada pagi majlis nikah sehinggalah ke resepsi pada sebelah malam. Paling bersyukur, Gunung Kinabalu memang jelas kelihatan sebagai latar belakang yang cukup perfect.

“Ini kerana, ada hari gunung tak kelihatan langsung… tersembunyi sebalik awan. Syukur semuanya berjalan seperti yang dirancang,” ujar Ikhwan sambil menambah, dia dan isteri sememangnya anak kelahiran Kundasang, Sabah.

Berkongsi pula mengenai tema perkahwinannya, Ikhwan berkata dekorasi majlisnya mengambil inspirasi daripada sebuah majlis perkahwinan di luar negara.

Pendek kata, ia dream wedding tapi dengan harga yang sangat munasabah.

IKHWAN

“Saya dan isteri beritahu wedding planner yang kami mahukan dekorasi ‘sebiji’ macam majlis perkahwinan tersebut. Dan mereka berjaya terjemahkan seperti impian kami.

“Untuk kos pelamin, set up dekorasi, katering, solekan, jurufoto, persalinan pengantin termasuk persalinan bridemaids, sewa bilik hotel… anggarannya sekitar RM20,000.

“Cukup berbaloi bagi kami. Pendek kata, ia dream wedding tapi dengan harga yang sangat munasabah,” ujar Ikhwan yang bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kota Marudu.

Sekadar mahu mengabadikan kenangan hari bahagia di media sosial, Ikhwan sama sekali tidak menjangka video dan gambar majlisnya menjadi tular malah mengundang pujian ramai.

kinabalu 3

Gunung Kinabalu yang tersergam indah meskipun menginjak petang.

“Saya rasa sangat terharu sebenarnya apabila membaca komen-komen netizen. Sangat unexpected apabila orang anggap perkahwinan kami istimewa.

“Ada yang terinspirasi nak buat majlis dengan tema garden wedding seperti ini. Tip yang saya boleh kongsikan, pilihlah wedding planner yang berpengalaman, dan paling penting tengok juga cuaca.

“Ada juga yang kata majlis kami macam majlis selebriti Yuna. Harap jangan bandingkan majlis kami… segan saya. Majlis beliau lebih grand. Majlis kami pula simple, intimate dan mengikut bajet.

“Akhir sekali, jika anda ada majlis perkahwinan impian, usah ambil kira kata-kata orang. Macam kami dulu, ada yang tak setuju pada mulanya… takut hujan dan lain-lain. Tapi sekiranya dah pasang impian, teruskan saja ikut kemampuan dan impian kita,” akhirinya.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*