[VIDEO] Puteri Sarah Sambut Tetamu Istimewa Raya Aidiladha Pertama? -‘Ada Orang Tu Nak Datang’

 

Pelakon Puteri Sarah menjawab pertanyaan netizen yang ingin mengetahui di mana dia bakal menyambut hari raya Aidiladha pada tahun ini.

Tetamu istimewa?

Menurut Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dia bakal menyambut hari raya pertama bersama ibu bapanya di kediaman mereka.

Malah, dia mendedahkan ada tetamu istimewa yang bakal datang beraya ke rumahnya nanti.

Saya Raya Haji pertama akan beraya di rumah mama saya sendiri. Sebab ada ‘orang itu’ nak datang.

Sarah menjawab pertanyaan yang diajukan netizen ketika melakukan sesi siaran langsung di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelakon drama Andai Itu Takdirnya berkata pada hari raya kedua dan ketiga, dia akan bermalam di kediaman bekas bapa dan ibu mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Kemudian pada Raya Haji kedua dan ketiga saya akan tidur di rumah bekas mak mentua saya. Walaupun dah cerai masih mak dan bapa mentua saya.

VIDEO;

@sweetlady2240

Puteri Sarah Liyana || Aidiladha Pertama Di Rumah Mama.. Hari Kedua Di Rumah Mertua

♬ bunyi asal – sweetlady – sweetlady

Potongan siaran langsung tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik semula di laman sosial TikTok sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen tertanya siapakah orang yang dimaksudkan oleh aktres itu.

KOMEN NETIZEN;

Imbas kembali, Puteri Sarah dan bekas suami yang juga pengarah sensasi Syamsul Yusof disahkan bercerai pada 14 Jun lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*