Puteri Sarah, Ira Kazar bertemu jalan damai… Kes saman selesai luar mahkamah

PEGUAM bela kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Puteri Ummi Kartini Abd Latiff mengesahkan kes saman aktres berkenaan terhadap bekas madunya iaitu Ira Kazar diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Menurut Puteri Ummi, dalam sebutan kes yang dilakukan secara atas talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norakhmar Mohd Sani pada Rabu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan secara damai.

“Penghakiman persetujuan telah direkodkan di mana pihak-pihak telah menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah dan kes selesai,” katanya.

sarah1 - 1

Puteri Sarah bersetuju untuk menyelesaikan secara damai.

Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 27, dan dua ahli keluarganya selaku defendan diwakili peguam Ammar Ghalip.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah Liyana atau Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memfailkan saman terhadap Ira atas dakwaan menganggu rumah tangganya.

Selain itu, dua ahli keluarga Ira yang turut disaman ialah kakaknya Yasmin dan bapanya Kazar atau nama penuhnya Kazaruddin Saisi.

Pada 4 Julai tahun sama, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarga serta keluarga mentuanya termasuk suami Syamsul.

Kemelut rumah tangga pasangan ini berakhir apabila Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu,

sarah2 - 1

Ira dan Syamsul bernikah Januari lalu.

Malah, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais turut mengesahkan kesemua tuntutan termasuk isu saman antara Puteri Sarah terhadap Ira Kazar telah selesai.

Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai isu saman itu tidak boleh didedahkan.

Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia lima tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*