Diterima jadi askar, isteri minta suami tak lupa diri! Ingat zaman susah isi minyak 60 sen, bayi 3 bulan minum susu pekat

SETIAP pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pastinya mempunyai impian untuk memiliki kehidupan yang selesa.

Namun, tidak semua berjaya memilikinya sebaliknya terpaksa mengharungi kesukaran untuk mencari sesuap nasi.

Perkara sama turut dikongsikan seorang wanita ini yang sanggup hidup susah bersama suaminya sejak mendirikan rumah tangga enam tahun lalu.

Menerusi rakaman video, dia mengakui pernah mengisi minyak motosikal sebanyak RM0.60 kerana ketiadaan wang.

Gambar kenangan semasa zaman perkenalan.

Gambar kenangan semasa zaman perkenalan.

“Aku kenal kau dari zaman bercinta sampai dah kahwin, cuma ada Honda EX5 sahaja. Tapi sebabkan cinta yang segunung tinggi… aku nak juga kahwin dengan kau.

“Ingat dulu, dalam tangan ada 60 sen, itu pun lepas isi minyak motosikal. Semasa mengandung teman kau cari kerja.

“Apabila nak bersalin, duit RM1,200 hilang dan bersalin tak ada satu sen pun… dalam tempoh sebulan saya hanya makan nasi goreng kosong setiap hari,” luahnya di halaman TikTok.

Luahnya lagi, kesusahan yang dialami itu menyebabkan dia terpaksa memberikan bayi yang baru berusia tiga bulan minum susu pekat sehingga menyebabkan cirit birit.

Berkongsi kisah tersebut dengan mStar, Nur Syazwani Ariffin berkata, kehidupannya sedikit berubah selepas suami Mohd Redzuan Rosli berjaya menempatkan diri dalam Angkatan Tentera Diraja Malaysia pada 2019.

“Suami dapat askar semasa berumur 25 tahun, itu pun selepas percubaan kelapan dan pada masa tu anak sudah berusia setahun tiga bulan.

“Sejak itulah bermula kehidupan saya tanpa suami di sisi, malah dia tinggalkan saya tanpa satu sen pun sebelum menyertai rekrut selama enam bulan,” imbaunya.

Disebabkan itu, anak kelahiran Melaka ini mula berjinak dengan bisnes menjual begedil di samping mengasuh sehingga terlibat dengan kemalangan ketika menghantar pesanan pelanggan.

Duit yang diperoleh itu digunakan sepenuhnya untuk menjalani kehidupan di samping membeli keperluan anak yang masih kecil, Nur Ainul Mardhiah.

Dia yang kini berusia 26 tahun mengakui kisah suka dan duka dalam kehidupan berumah tangga dilalui selepas seminggu menjalinkan ikatan sebagai suami isteri.

“Seminggu berkahwin, suami bawa saya keluar untuk bina kehidupan baharu di rumah sewa.

“Dalam keadaan masa tu agak susah, saya ikut suami mencari kerja walaupun sedang hamil lima bulan.

Mohd Redzuan menyertai tentera pada tahun 2019.

Mohd Redzuan menyertai tentera pada tahun 2019.

“Lepas habis pantang, keesokannya terus cari kerja sambil dukung anak… dalam keadaan hujan kami balut anak yang berumur tiga bulan dengan baju hujan,” luahnya lagi.

Malah dia dan suami pernah menggunakan kereta mentua yang mengalami kerosakan brek untuk ke hospital semasa anak sedang demam.

Bersyukur dengan kehidupan sekarang, dia yang mesra disapa Syazwani berkata, meskipun tidak mewah namun ia mencukupi untuknya sekeluarga.

Bahkan suaminya berjaya membeli sebuah kereta terpakai untuk kegunaan harian.

“Suami bawa kami merantau jauh dari keluarga dan hidup di negeri orang dengan serba serbi sederhana.

“Enam tahun berkahwin, tahun keempat baru kami ada rezeki untuk membeli kereta.

“Jadi isteri tentera tak semudah yang orang fikir sebab mental dan emosi saya tak sekuat yang disangka… ditinggal berbulan-bulan, sakit pening saya dan anak semua sendiri,” luahnya sayu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*