Lana Nordin berjaya ‘r4cun’ keluarga mentua makan juadah Melayu, daging masak merah wajib ada!

PELAKON Lana Nodin mended4hkan keluarga mentuanya di Amerika Syarikat cukup menyukai juadah Melayu sehingga mereka membuat pelbagai permintaan setiap kali dia pulang untuk bercuti di negara itu.

Lana atau Mazlina Hasan Nodin, 45, berkata, hidangan kegemaran keluarga mentuanya termasuklah ayam kunyit, nasi lemak dan menu wajib daging masak merah.

“Permintaan daripada keluarga mentua, masakan Melayu.

“Kalau balik kampung suami, wajib masak daging masak merah, ayam kunyit dan nasi lemak,” katanya.

LANA 1 - 1

Lana sering memasak hidangan Melayu untuk keluarga mentuanya.

Lana berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya.

Pelakon itu yang kini berada di Amerika turut memuat naik video dia sedang ligat memasak di dapur pada Selasa.

Antara menu yang sedang dimasak Lana termasuklah daging masak merah dan gulai masak lemak.

Dalam pada itu, Lana berkata, usaha ‘mer4cun’ keluarga mentuanya tentang kehebatan dan keunikan makanan tempatan berjaya sehinggakan dia tidak menang tangan memasak di dapur.

Malah kata Lana, tekak mereka juga sudah bertukar seperti orang Melayu namun dia gembira apabila mereka menyukai masakan tempatan.

“Mereka dah berkenan masakan Melayu fasal saya dah r4cun mereka dengan kesedapan makanan Melayu kita.

“Dah jadi tekak Melayu… Mula-mula si suami, sekarang satu keluarga mentua,” katanya.

Untuk rekod, Lana berkahwin dengan Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 7 dan William Daud Mckienzie, 4 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*