“Hanya RM1.2K Je? Gaji Kita Sebulan Puan..” – Tudung ‘Termurah’ Usahawan Cecah Ribuan, Net!zen Terkejvt Dikata Murah

Sedang tular di laman TikTok sebuah video di mana usahawan dan pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri yang menafikan dakwaan bahawa dirinya hanya memakai tudung berharga ‘kayangan’ sahaja.

Ada koleksi tudung ‘murah’

Kata Haliza di sebuah video yang dimuat naiknya, dirinya berkata bukan semua tudung yang digayakan itu mahal. Ada juga yang harganya ‘murah’ hanya bernilai RM1.2K, katanya.

Viral dekat TikTok tudung harga ratus-ratus ribu, sebenarnya ada yang murah. Yang saya pakai ni, hanya RM1200 sahaja. Tetap cantik.

Pakai tudung ‘murah’ juga

@halizamaysuri

@ASGALLERIA

♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

Bagaimanapun, video yang sama itu telah meraih reaksi yang lain dari netizen. Kebanyakkan dari mereka melihat usahawan ini seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk kekayaan dirinya dengan berkata nilai tudung tersebut dikira ‘murah’.

Bukan itu sahaja, pada mereka, tudung yang dipakai oleh Haliza itu masih kelihatan seperti tudung biasa yang dibeli di pasar meskipun harganya mencecah ribuan ringgit.

Takbur betoi ye. Gaji sebulan, beli sehelai tak makan sebulan.

Namun begitu, ada juga yang berseloroh berkata mereka lebih sesuai membeli tudung bawal biasa memandangkan harga Bawal Exclusive milik Haliza ini terlalu mahal untuk dipakai harian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*