‘Isteri Yang M4ti Suami, Kena Ed4h 4 Bulan 10 Hari’

Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan hukum isteri yang dalam tempoh edah ingin menziarahi kubur suami.

Wajib berkabung

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI menyatakan perempuan yang kematian suami hendaklah menjalani tempoh edah selama empat bulan 10 hari.

Bagaimanapun, sekiranya berlaku darurat seperti jatuh sakit, wanita itu boleh keluar untuk mendapat rawatan.

Perempuan yang mati lelaki, kena edah selama empat bulan 10 hari. Apa yang wajib? Kena beredah dan berkabung. Beredah adalah menahan diri daripada berkahwin dengan suami yang lain.

Berkabung pula adalah berduka cita, bersedih, tidak menunjukkan rasa gembira, tidak memakai pakaian cantik, berhias, tidak mewangikan diri, tidak keluar daripada rumah selama 130 hari melainkan darurat.

Apa darurat? Sakit. Tapi keluar dari hospital selepas berubat, kena balik terus. Β Nak beli beras tapi tak ada anak dan cucu, boleh keluar pergi kedai.

Tak ada duit untuk belanja nak pergi meniaga jual sayur, boleh pergi. Habis jual, terus balik rumah kerana wajib berkabung.

Dalam pada itu, UAI turut menjawab pertanyaan sama ada wanita edah boleh datang atau melawat kubur suami pada hari kematian.

Nak pergi dekat suami mati (ziarah kubur), tak boleh kerana bukan darurat.

VIDEO

@sewakedaimydin

Boleh Atau Tidak Wanita Dalam Idah Kematian Suami Datang Upacara Pengebumian Suami Di Kubur? #pemilikhatiberbicara #tanya #tanyajawab #ilmu #ilmuagama #soaljawabagama #marimengaji #jomtalaqqi #maritalaqqi #ilmufeqah #murobbiberbicara #ulamafeqah #alquran #hadis #ijmak #qiyas #gurumurshid #ceramah #tausiahagama #ceramahislam #ceramahagama #ceramahpendek #ceramahsingkat #ilmubermanfaat #duniaislam #akhirat #dakwah #islam #dakwah_islam #islamic_video #tokfeqah #ustaz #uai #uaioriginal #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus

♬ original sound – 𝕄𝕐𝔻𝕀ℕ π•†π•—π•—π•šπ•”π•– – 𝕄𝕐𝔻𝕀ℕ π•†π•—π•—π•šπ•”π•–

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*