Netizen k0rek kisah sil4m Shakilla dan suami, elak bersuara bimbang semua pihak dapat mas4lah… “Jangan p4ksa saya spill the tea”

BARU dua hari mendirikan rumah tangga, pelakon Shakilla Khoriri menjadi sasaran netizen yang mengorek kisah silam suaminya dengan bekas isterinya sebelum ini.

Sedar dengan isu diperkatakan, Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, tidak teragak-agak untuk mendedahkan kisah sebenar yang menurutnya akan melibatkan dan menjejaskan ramai pihak.

Bagi mengelakkan perkara itu, Shakilla menyarankan setiap orang menjalani kehidupan masing-masing bagi mengelakkan sebarang masalah.

Shakilla tak teragak-agak untuk kongsi kisah sebenar.

“Sibuk betul kalian mengorek sana sini kisah dalam kain orang. Yang bersembunyi di sebalik permasalahan pun ada. Jangan paksa saya untuk spill the tea.

“Yang tersakiti, yang menyakiti, difitnah atau memfitnah semua akan dapat masalah kelak. Baik diam.

“Reda dan jalani kehidupan masing-masing dan jangan jadi manusia munafik. Kita semua tahu kebenaran cerita kita. Jadi cukup!

“Berhenti dengan semua penyampaian cerita pada pihak ketiga atau siapa pun,” katanya.

Shakilla berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya pada pagi Isnin.

Dalam pada itu, Shakilla berkata, jika ada pihak yang ingin membongkar kisah silamnya di media sosial, dia berharap perkara benar yang didedahkan dan bukannya rekaan.

Katanya lagi, kegagalan dalam hubungan sebelum ini sepatutnya dijadikan pengajaran dan bukannya diperbesarkan kepada orang ramai kerana enggan anak-anak menjadi mangsa dalam masalah orang dewasa.

“Nak bercerita atau nak satu Malaysia memihak pada kamu silakan tapi ceritalah perkara sebenar.

Shakilla selamat menjadi isteri Fariz pada pagi Sabtu.

“Ceritakanlah kesalahan dan kegagalan kita sendiri dahulu atau berdiam dan kita sama-sama muhasabah diri.

“Jangan seronok sangat kalian menari bertepuk tangan. Kita semua manusia yang punya keluarga dan anak-anak. Janganlah paksa saya untuk panjangkan hal ini dan buka pekung semua yang terlibat.

“Jangan libatkan anak-anak atas kebodohan dan kegagalan kita sebagai ibu bapa atau orang dewasa. Tepuk dada tanya selera,” luahnya.

Sebelum ini, tular di sosial media beberapa keping foto mesra Shakilla bersama Fariz Zulkepley yang dikatakan ketika itu masih berstatus suami orang.

Foto Shakilla yang tular sebelum berkahwin.

Tidak hanya itu juga, beberapa perkongsian bekas isteri Fariz juga menjadi perhatian ramai sehingga ramai mula menuduh Shakilla sebagai perampas.

Pada pagi Sabtu, Shakilla kembali bergelar isteri kepada jejaka pilihannya iaitu Fariz dan sebuah majlis tertutup di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.

Untuk rekod, Shakilla sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Janurai 2018 namun mengumumkan perpisahan mereka pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

VIDEO

@shakillakhoriri

Selamat Pagi manusia-manusia budiman 💙

♬ Jangan dulu lelahhh – Dino Abdilah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*