“Influencer Yang Sebenar..” – Tular Video Aliff Satar Baca Surah Dalam Al-Quran, Netizen Puji Tawjid Sangat Sempurna

Sedia maklum, ketika ini pengacara hebat Aliff Satar merupakan individu yang sangat diminati ramai susulan sikapnya yang sangat positif dan sering berkongsikan hal-hal ilmiah serta agama kepada netizen.

‘The real influencer’

Terbaru, melalui platform X, seorang pengguna memuat naik semula video yang diambil dari TikTok yang memaparkan Aliff menyambung ayat di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Kahf.

Hal yang menarik perhatian apabila selebriti tersebut membaca surah tersebut dengan lancar dan dipuji tawjidnya sangat bagus.

Malah individu tersebut turut memuji Aliff Satar merupakan salah seorang individu dalam industri seni yang layak untuk digelar sebagai pempengaruh.

Sesuai jadi imam tarawih

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tergamam apabila mendengar bacaan surah Al-Kahf yang disambungkan oleh Aliff sendiri.

Bukan saja surah Al-Kahf, malah sewaktu membaca surah yang kini dekat dengan dirinya iaitu surah Al-Nasr juga membuatkan netizen yakin bahawa penyanyi itu belajar dengan guru yang hebat.

VIDEO

@qawiyaro

MasyaAllahh sedap betul! Finallyy dapat terjah @alifsatar geng Kahfbro ! 😍☝🏽🤍 #quranchallenge #terjahngaji #mantuy

♬ original sound – qawiyaro – qawiyaro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : X, Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*