Isu Ahli SMDX Did4kwa Somb0ng & Tak Kenal D0lla, XIOKK Entertainment M0hon Maaf – ‘Banyak Lagi Yang Perlu Kami Pelajari’

Syarikat rakaman XIOKK Entertainment tampil membuat permohonan maaf berhubung beberapa isu tular membabitkan artis kumpulan naungan mereka iaitu SMDX.

XIOKK mohon maaf

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram (IG), antara perkara yang dijelaskan XIOKK Entertainment adalah mengenai dakwaan menciplak lagu ‘Original Sabahan’ yang sebelum ini merupakan lagu nyanyian asal kumpulan Atmosfera.

Kami ingin mengesahkan bahawa segala kebenaran dari segi penerbitan dan pembikinan semula lagu ‘Original Sabahan’ telah mencapai perjanjian antara XIOKK dan juga Rusa Marketing selaku syarikat penerbit untuk Hezron, komposer ‘Original Sabahan’.

Syarikat tersebut turut memohon maaf terhadap pemilihan pakaian sewaktu ahli kumpulan SMDX menjayakan video muzik bagi lagu tersebut.

Menerusi hantaran yang sama, pihak XIOKK mewakili kumpulan SMDX turut membuat permohonan maaf berhubung satu video tular membabitkan ahli kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Elle sewaktu melakukan sesi siaran langsung baru-baru ini.

Bagi pihal Elle dan juga SMDX, kami ingin secara formal membuat permohonan maaf kepada semua atas kekhilafan kami.

Kami mengaku, banyak lagi yang perlu kami pelajari. Kami berjanji akan perbaiki lagi cara kami.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan Elle yang didakwa bongkak sewaktu menjawab komen-komen daripada netizen sewaktu sesi siaran langsung.

Bukan itu sahaja, El mendatangkan kemarahan dalam kalangan peminat kumpulan Dolla apabila memaklumkan dirinya tidak mengenali kumpulan terkenal tersebut.

Video yang tular itu turut mendapat perhatian komposer terkenal, Julfekar yang beranggapan tindakan Elle itu sedikit sebanyak akan memburukkan nama baik kumpulannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :  Instagram XIOKK Entertainment

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*