5 Selebriti Malaysia Yang Beraya Di Luar Negara

Kemeriahannya menyambut lebaran terasa lebih seronok apabila menyambut bersama keluarga dan insan tersayang. Walaupun tahun ini sekali lagi kita beraya dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), namun perasaan beraya di negara sendiri pasti menjadi lebih seronok.

Di sini kami senaraikan 5 selebriti Malaysia yang beraya diluar negara bagi menyamput Aidilfitri 2021.

Raja Ilya

via BH

Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Azura Hanim dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 dan Inspektor Shakila dalam siri drama Gerak Khas.

Dia kini menetap dan beraya di Perth apabila berkahwin dengan seorang ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018 yang lalu.

Sharifah Shakinah

via KOSMO

Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Pada tahun ini dia memutuskan untuk berpindah ke negara luar susulan daripada masalah yang telah dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini iaitu penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu meluahkan, dia nekad untuk berhijrah ke luar negara bagi meneruskan rawatan masalah kesihatan mental berkenaan.

Zahirah MacWilson

via The Star

Zahirah dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia. Pada Februari 2020, Zahirah berkahwin dengan Aiman Hakim Redza dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung bernama Isaac Raees. Tahun ini Aidilfitri disambut di luar negara bersama suami dan keluarga Zahirah yang menetap di Perth.

Deja Moss

via BH

Deja Moss sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia sudah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Maher Khani.

Deja atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss berkata, majlis pernikahan dengan lelaki berketurunan Amerika-Syria itu berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada Jun 2019. Kini Deja berada di sana dan menyambut Aidilfitri bersama suaminya.

Dayah Bakar

via Beutiful Nara

Personaliti TV, Nur Hidayah Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Dayah Bakar sudah setahun tinggal berjauhan dengan suaminya, Kapten Hanif Hamidi yang ditugaskan untuk berkhidmat di Australia. Kini Dayah memutuskan untuk menetap bersama suaminya di Australia dan tahun ini merupakan tahun pertama dia beraya di sana.

Walaupun berjauhan dengan negara sendiri, diharapkan Aidilfitri tahun ini dapat disambut dengan meriah dengan cara norma baharu. Bagi yang tidak boleh rentas daerah dan negeri, jangan lupa untuk membuat panggilan video bersama keluarga di kampung!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*