“Untung Fazura!” Tak Tinggal Solat Walaupun Di Set, Individu Ini Dedah Fattah Amin Tak Ketepikan Kewajipan

Solat merupakan tiang agama yang juga kewajipan buat semua umat Islam di dunia.

Sesibuk mana pun kita dalam menguruskan hal dunia, jangan sesekali lalai dan leka dalam menunaikan solat.

Satu video pendek telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman TikTok menunjukkan pelakon Fattah Amin yang sedang menunaikan solat ketika waktu rehat sewaktu menjalani penggambaran.

“Tabik spring kat Fattah Amin tak pernah tinggal solat dalam set dah lama perati.”

Namun tidak diketahui pula bila perkara ini terjadi tetapi apa yang dilakukan oleh Fattah ini sememangnya perlu dicontohi oleh kita semua.

Sibuk menjalani pengambaran atau menguruskan hal kerja bukan lah alasan untuk kita tidak menunaikan solat, sesibuk mana pun mesti akan ada masa terluang.

Rata-rata yang meninggalkan komen turut memuji cara didikan kedua ibu bapa Fattah yang dilihat sangat mementingkan ajaran agama dalam hidup.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan bahawa Fazura merupakan wanita yang bertuah dapat memiliki Fattah sebagai suaminya yang dilihat boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Ini lah baru dikatakan imam yang boleh membawa keluarga ke Syurga Firdausi…

Semoga kita boleh ambil iktibar atas video yang dikongsikan ini okay!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HotFM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*