Dapat lebih 238,000 tontonan, Fattah Amin dah buat senyap2, sekali viral

Kuala Lumpur: Tindakan salah seorang peserta program realiti Sukses 4.0, Hafiz Nassir merakam detik pelakon popular Fattah Amin sedang mendirikan solat secara diam-diam menjadi tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Video yang dimuat naik Hafiz di aplikasi TikTok miliknya semalam meraih lebih 238,000 tontonan dan 23,000 tanda suka.

Hafiz yang juga seorang usahawan kagum dengan Fattah yang dilihat tidak pernah melupakan kewajipannya itu.

“Tabik dekat Fattah. Tak pernah tinggal solat di set penggambaran. Dah lama saya perhati,” tulisnya. Melalui video yang dikongsikan, rata-rata pihak memuji cara didikan ibu bapa Fattah yang dilihat sangat mementingkan ajaran agama.

Ada juga mengatakan, walaupun Fattah sibuk dengan urusan kerja ia bukan alasan untuk kita tidak menunaikan solat.

Lebih mengujakan, ada juga komen yang mengatakan isteri Fattah iaitu pelakon Nur Fazura adalah wanita bertuah kerana dapat memiliki Fattah sebagai suaminya yang dilihat boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Walaupun dihujani pelbagai komen positif, perkongsian terbabit turut menerima kecaman, malah ada juga yang tidak bersetuju dengan perkongsian video terbabit kerana solat adalah wajib bagi umat Islam.

Sementara itu, Fattah ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai video yang dirakam salah seorang peserta program itu.

“Tak ada apa yang saya nak komen. Bagi saya, ia tak perlu dihebahkan. Mungkin peserta itu merakamkannya untuk tujuan suka-suka. Saya harap apa yang dikongsikan boleh mendatangkan satu hal yang baik kepada semua,” katanya.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan bahawa Fazura merupakan wanita yang bertuah dapat memiliki Fattah sebagai suaminya yang dilihat boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Ini lah baru dikatakan imam yang boleh membawa keluarga ke Syurga Firdausi…

Semoga kita boleh ambil iktibar atas video yang dikongsikan ini okay!

Biodata

Nama penuh: Abdul Fattah Bin Mohd Amin

Tarikh lahir: 14 September 1990

Umur: 27 tahun

Tempat lahir: Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia

Warganegara: Malaysia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Teknologi MARA(UITM)

Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, pengacara, model, duta dan usahawan

Tahun aktif: 2011 sehingga kini

Drama popular: Playboy Itu Suami Aku, Hello, Mr. Perfect!, Plan Cinta Tak Jadi, Bencinta, Suri Hati Mr. Pilot, Hero Seorang Cinderella, Gerak Khas dan My Coffee Prince.

Ketinggian: 1.83 meter (6 kaki 0 inci)

Berat: 68 kg

Pasangan: Nur Fazura

Tahun perkahwinan: 2017

Ibu bapa: Mohd Amin Musa (bapa) dan Azizah Abdul Ghani (ibu)

Keluarga: Yusof Haslam (bapa saudara), Syamsul Yusof (sepupu), Syafiq Yusof (sepupu), Miller Khan (sepupu) dan Farali Khan (sepupu)

Media sosial: Instagram @fattahaminz, Twitter @fattahamin dan Facebook @TheOfficialFattahAmin

Fakta menarik

1. Merupakan juara Hero Remaja 2011/2012.

2. Dibesarkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

3. Keluarga beliau berasal dari Selangor dan kini menetap di Shah Alam.

4. Mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn, seterusnya di Universiti Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia dengan mengambil ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif.

5. Anak sulung daripada 5 orang adik beradik.

6. Giat menceburi bidang perniagaan dengan membuka kafe dan gimnasium di Kota Damansara.

7. Bermula sebagai kru penggambaran.

8. Sepupunya, pengarah Syafiq Yusof menawarkannya menjadi kru untuk filem SAM: Saya Amat Mencintaimu pada tahun 2011.

9. Bekerja untuk produksi drama Gerak Khas ketika masih belajar di kolej.

10. Mula berjinak sebagai pelakon secara suka-suka dengan memegang watak tambahan dalam drama Memberku Hawa bersama pelakon utamanya, Nad Zainal.

11. Filem pertamanya ialah Manisnya Cinta Di Cappadoccia sebagai pelakon tambahan bernama Farhan pada tahun 2014. Filem ini juga mempertemukan Fattah dengan isterinya kini, Nur Fazura yang merupakan watak utama filem itu.

12. Drama adaptasi novel, Playboy Itu Suami Aku lakonan bersama Nur Risteena sebagai watak Adrian Benjamin melonjakkan namanya di industri hiburan. Penampilan sulungnya itu dikritik kerana dikatakan kurang bersedia sebagai pelakon.

13. Berpeluang melebarkan sayap ke Indonesia dalam telefilem Ku Kejar Cinta Ke Malaysia dan From Hater To Lover.

14. Lakonannya sebagai Kapten Ejaz Fakhri menerusi drama Suri Hati Mr Pilot menjadi fenomena dan mendapat rating 5 juta tontonan yang mencipta rekod rating drama tertinggi di Malaysia.

sumber: hmetro, iluminasi.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*