Isteri K0ngsi Foto Berhijab, Tajul Komen – “Alhamdulillah”, Ramai Doakan Semoga Istiqomah

Isteri kepada penyanyi Tajul, Nurul Shamieza Eddie kelihatan begitu manis apabila tampil dengan imej berhijab.

Foto terbaharu yang dimuat naik Shamieza atau lebih mesra dengan panggilan Ica itu menimbulkan tanda tanya peminat Tajul sama ada isteri kesayangannya itu sudah berhijrah.

Malah kapsyen pada foto Ica juga seolah-olah memberikan bayangan bahawa dirinya dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

“Selamat hujung minggu semua! InsyaAllah doakan yang baik-baik,” tulisnya.

Tajul bagaimanapun menerusi ruangan komen foto tersebut menyatakan rasa gembira terhadap perubahan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @icaaeddie


“Alhamdulillah @icaaeddie semoga yang baik-baik,” tulisnya.

Malah menerusi hantaran di ruangan Insta Story miliknya juga, Tajul mengucapkan “Alhamdulillah”.

Komen Netizen:

Dalam pada itu, ruangan komen foto isterinya juga dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh pengikutnya.

Tajul dan Ica telah mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017.Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy yang dilahirkan pada 6 Mei 2021.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*