[VIDEO] Beli Mainan Untuk Anak, Kucing Pula Selamba Main Cuit Hati Netizen

Bagi pemilik kucing, ada kalanya telatah mereka ini sangat mencuit hati dan menjadi penghibur untuk seisi keluarga. Sama macam gelagat anak kucing ini yang menarik perhatian ramai apabila dilihat bermain dengan permainan kanak-kanak ini.

Mainan kanak-kanak yang dibeli untuk bayi perempuan ini telah menarik perhatian kucing-kucing itu untuk dijadikan tempat bermain mereka. Gelagat kucing ini turut membuatkan netizen ‘cair’ dibuatnya apabila mereka dilihat begitu seronok bermain dengan mainan itu.

kucing

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu memberitahu dia baru sahaja membeli mainan itu untuk anaknya. Turut dapat dilihat, anak perempuannya yang terbaring di sebelah mainan yang dibelinya itu.

Namun, mainan tersebut tidak menarik perhatian anaknya tetapi telah menarik perhatian kucing-kucing yang dibelanya. Lebih melucukan, kesemua anak kucing itu dilihat telah berkumpul di mainan itu sambil bermain di situ.

Bukan sahaja seekor dua malah lima ekor anak kucing itu dilihat begitu seronok memanjat dan bermain dengan mainan itu. Dalam masa yang sama, turut kelihatan dua kucing dewasa yang turut sama tertarik dengan mainan yang dibelinya ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama ‘geram’ melihat kecomelan anak kucing ini. Ada juga yang berseloroh biasanya kucing lah yang begitu seronok sekali bermain dengan mainan yang dibelikan untuk kanak-kanak.

“Tak kisah kongsi dengan adik beradik.”

beli mainan

“Jualan mainan kucing jatuh lah lepas ni…”

mainan

“Kucing selalunya akan main dengan semua benda kecuali mainan yang dibeli untuk dorang.”

komen

“Mainan bayi dah jadi mainan kucing sekarang.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*